Pelepasan Cukai Pendapatan 2017

Assalammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera,

Pelepasan Cukai Pendapatan 2017

Pejam celik dan bulan Januari 2018. So, macam biasa sibuk kumpul resit-resit untuk membuat tuntutan pelepasan cukai pendapatan bagi tahun 2017. Selepas perdana menteri umumkan bajet 2018 akhir tahun 2017 lalu terdapat beberapa pelepasan cukai baharu atau penambahbaikan yang dibuat. Jadi, saya share lah apa yang saya tahu mengikut apa yang disenaraikan di laman web LHDN.

Berikut adalah senarai pelepasan cukai 2017 yang boleh dibuat tuntutan untuk:

1. PELEPASAN INDIVIDU

Pelepasan cukai ini ialah untuk diri sendiri iaitu:

Terhad RM 9000.00

2. MENJAGA IBU DAN BAPA

Perbelanjaan rawatan perubatan, keperluan khas dan penjaga ibu bapa (keadaan kesihatan disahkan oleh pengamal perubatan):

Terhad RM 5,000.00 ataupun

Terhad RM 1,500.00 untuk ibu dan RM 1,500.00 untuk bapa

3. PERALATAN SOKONGAN UNTUK OKU

Pembelian alat sokongan khas untuk orang kelainan upaya (OKU) (diri-sendiri, pasangan (suami/isteri), anak-anak atau ibu bapa):

Terhad RM 6,000.00

4. PELEPASAN MENJAGA PASANGAN / ANAK ORANG KELAINAN UPAYA (OKU)

Sekiranya mempunyai pasangan OKU:

Terhad RM 3,500.00

Sekiranya mempunyai anak OKU:

Terhad RM 6,000.00

Terhad RM 8,000.00 – belum berkahwin dan sedang belajar di peringkat pendidikan tinggi

5. YURAN PENDIDIKAN SENDIRI

Bayaran yuran untuk sambung belajar ke peringkat pendidikan tinggi:

Terhad RM 7,000.00

6. PERBELANJAAN KESIHATAN

Perbelanjaan untuk rawatan penyakit yang sukar diubati atas diri sendiri, suami / isteri atau anak:

Terhad RM 6,000.00

Pemeriksaan kesihatan penuh untuk diri sendiri, suami / isteri atau anak:

Terhad RM 500.00

7. PERBELANJAAN GAYA HIDUP

Pembelian bahan bacaan, komputer, telefon pintar/tablet, alat untuk bersukan, yuran ahli gimnasium dan langganan internet:

Terhad RM 2,500.00

8. PEMBELIAN PERALATAN PENYUSUAN

Pembelian peralatan penyusuan ibu (hanya dibenarkan sekali setiap 2 tahun):

Terhad RM 1,000.00 – Untuk pembayar cukai wanita sahaja

9. PERBELANJAAN YURAN ASUHAN KANAK-KANAK ATAU PRA-SEKOLAH

Bayaran yuran anak ke Pusat Asuhan Kanak-Kanak atau Pra-sekolah

Terhad RM 1,000.00

10. SIMPANAN DALAM TABUNG PENDIDIKAN

Simpanan yang dibuat dalam tabung SSPN untuk pendidikan:

Terhad RM 6,000.00

11. BAYARAN FAEDAH PINJAMAN MEMBELI RUMAH

Pembayaran ke atas faedah pinjaman perumahan (terdapat syarat kelayakan antaranya perjanjian jual beli ditandatangani dalam tempoh 10/03/2009 – 31/12/2010)

Terhad RM 10,000.00

12. BAYARAN UNTUK PASANGAN/ALIMONI KEPADA BEKAS ISTERI

Jika suami/isteri tidak mempunyai punca pendapatan:

Terhad RM 4,000.00

Untuk bayaran alimoni kepada bekas isteri, perlu perjanjian rasmi:

Terhad RM 4,000.00

13. PELEPASAN UNTUK ANAK-ANAK

Anak-anak bawah 18 tahun:

Terhad RM 2,000.00

Anak-anak atas 18 tahun

Terhad RM 2,000.00 – belum berkahwin dan sedang belajar pendidikan tinggi

Terhad RM 8,000.00 – belum berkahwin dan sedang belajar di peringkat pendidikan tinggi

14. BAYARAN UNTUK INSURAN/TAKAFUL NYAWA DAN KWSP

Bayaran untuk langgarnan insuran/takaful insuran dan KWSP :

Terhad RM 6,000.00

15. BAYARAN UNTUK SKIM PERSARAAN SWASTA (PRS) / ANUITI TERTUNDA / PERKESO

Bayaran untuk yang buat caruman dalam PRS atau anuiti tertunda:

Terhad RM 3,000.00

Bayaran untuk yang buat caruman dalam PERKESO:

Terhad RM 250.00

 

 

Leave a comment