Mengapa Saya Simpan dan Melabur Dalam Unit Amanah?

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

Mengapa Simpan dan Melabur Dalam Unit Amanah?

Mengapa simpan dan melabur dalam unit amanah? Ramai yang bertanya saya dan ingin mendapatkan pandangan. Antara sebab saya mengambil keputusan untuk menyimpan dan melabur di dalam unit amanah dahulu ialah:

  1. Mudah untuk membuat urusan. Boleh urus secara online
  2. Banyak rujukan disediakan untuk pelabur melihat track record
  3. Tidak perlu modal banyak dan juga tanpa had
  4. Mudah dicairkan
  5. Pulangan berbaloi
  6. Syarikat yang kukuh
  7. Tahap risiko yang boleh diterima
  8. Jimat masa
  9. Tidak pening kepala

Banyak perkara yang dah dirancang untuk diadakan menjelang umur 40, 50 dan 60 tahun nanti. Antaranya ialah mengumpul deposit membeli rumah, pergi umrah/haji, selesaikan hutang, bebas kewangan dan lain-lain lagi. Daripada situ, saya sudah boleh tahu berapa jumlah wang yang perlu ada bagi membolehkan saya mencapai apa yang diinginkan.

Sebagai contoh, sekiranya saya ingin mempunyai sejumlah wang sebanyak RM1 juta pada umur saya 60 tahun nanti (360 bulan lagi) , saya perlu menyimpan sebanyak RM400 sebulan dengan jangkaan agihan keuntungan pelaburan sebanyak 10% setahun. Bagaimana nak kira? Mudah sahaja, boleh muat turun aplikasi Financial Calculator daripada Google Play dan boleh rujuk pada ilustrasi di bawah untuk pengiraan:

Itu RM400 sebulan, Jika RM1000 atau RM2000 sebulan? Bolehlah gunakan applikasi itu untuk mengira. hehe

Sekurang-kurangnya saya sudah boleh mula menyimpan dan melabur sebanyak 10-20% daripada pendapatan bulanan saya di dalam unit amanah, dan dalam masa yang sama berusaha untuk mencapai simpanan sebanyak RM400 sebulan.

Tidak semua orang mempunyai masa dan modal yang banyak untuk berniaga, melabur dalam bursa saham dan hartanah. Selain itu, tidak semua orang juga yang sanggup berhadapan dengan risiko yang tinggi. Jadi bagi saya, yang paling mudah dan sesuai untuks saya ialah menyimpan dan melabur di dalam dana-dana unit amanah.

Pada pendapat saya, untuk berjaya dalam pelaburan unit amanah ini bukanlah  bergantung berapa banyak yang boleh kita laburkan, tetapi seawal mana kita untuk mula melabur itu yang paling penting. Perlu mula seawal usia muda yang boleh yang paling penting. Banyak artikel dan video di internet yang menerangkan mengapa melabur awal itu penting dan lebih menguntungkan pelabur. Tepuk dada boleh tanya selera. Selera saya, melabur dalam unit amanah Public Mutual. Anda?

-NasrulSazli-

Leave a comment