Hutang Kad Kredit Golongan Muda Membimbangkan

PESANAN KEPADA ORANG MUDA

Hutang Kad Kredit

Dilaporkan sebanyak 47% golongan muda di Malaysia mempunyai hutang kad kredit yang maksimum manakala hampir separuh daripadanya menggunakan wang hutang kad kredit tersebut untuk tujuan sebagai pinjaman peribadi. Boleh baca di sini. Ini memberi gambaran bahawa golongan muda ini cenderung untuk berbelanja melebihi kadar kemampuan diri. Lebih parah lagi kebanyakan daripadanya hanya mampu membuat bayaran balik hutang kad kredit sebanyak jumlah minimum lima peratus sahaja setiap bulan.

kad kredit

Ramai yang sedar bahawa kad kredit mempunyai kadar faedah yang tinggi sehingga ada yang mencecah 18% dan terdapat bayaran lain yang dikenakan, namun semua itu dilupakan dengan sengaja. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan katanya.. hehehe Begitu mudahnya golongan muda terpedaya dengan hutang kad kredit. Jangan terkejut walau bayaran balik dibuat setiap bulan, tapi mengambil masa bertahun-tahun untuk hutang dilunaskan. Sehinggalah pada suatu masa, bila dikira semula segala bayaran hutang dibuat dan dibandingkan dengan jumlah wang yang dibelanjakan, pada masa itulah datangnya kekesalan dan faham kenapa hutang tidak selesai-selesai.

Jadi nak buat apa? Elakkanlah menggunakan kad kredit. Sekiranya ingin berbelanja, gunakanlah tunai atau kad debit ataupun buat simpanan dan beli secara tunai. Ini dapat mengelakkan diri daripada berbelanja melebihi daripada kemampuan. Nekadlah untuk selesaikan hutang kad kredit terlebih dahulu berbanding dengan hutang-hutang yang lain kerana kadar faedahnya lebih tinggi berbanding hutang-hutang yang lain. Bayar dengan jumlah yang tinggi berbanding kadar minima yang ditetapkan setiap bulan, ini dapat memendekkan jangkamasa untuk langsaikan hutang kad kredit tersebut serta mengelakkan faedah yang lebih banyak dibayar kepada pihak bank.

Setelah selesai melangsaikan hutang kad kredit, mulakan menabung atau melabur di dalam unit amanah. Ya, mulakan langkah ini ketika usia masih muda kerana pelaburan dalam unit amanah ini mempunyai kelebihan faedah pengkompaunan dimana lagi awal ianya dimulakan dan dalam jangkamasa panjang, lagi besarlah pulangan yang diterima. Untuk apa pulangan besar ini? Sudah tentu boleh membantu golongan muda untuk membeli rumah, meyambung pelajaran tanpa membuat sebarang pinjaman pendidikan, pergi menunaikan haji, melangsaikan hutang rumah dengan cepat dan lain-lain lagi mengikut perancangan kewangan masing-masing.

Hubungi saya sekiranya anda berminat untuk melabur dalam unit amanah.

-NasrulSazli-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s