Tabung Simpanan Kecemasan

PESANAN KEPADA ORANG MUDA

Tidak Membuat Simpanan Kecemasan

Dalam post-post saya yang lepas, saya ada mencadangkan untuk setiap orang perlu ada simpanan untuk kecemasan sekurang-kurangnya 6 bulan gaji. Dilaporkan sebanyak 75% daripada rakyat Malaysia tidak mampu untuk menyimpan wang sebanyak RM1,000.00 sekiranya berlaku kecemasan. Jadi saya rasa sedikit sangatlah golongan muda di Malaysia ini yang mampu untuk menyimpan dana kecemasan sebanyak 6 bulan gaji.

Rasanya pekara ini berpunca daripada kurangnya kesedaran betapa pentingnya simpanan untuk kecemasan. Belanja dahulu, ada lebih baru simpan katanya. Masalahnya, setiap bulan memang tidak ada yang lebih, semua habis dibelanja sehingga kepingan sen yang terakhir. Kajian menunjukkan golongan muda banyak menghabiskan wang mereka untuk membeli barang yang tidak benar-benar perlu.

tabung kecemasan

Untuk apa sebenarnya simpanan kecemasan ini? Kecemasan yang sering kita hadapi dalam kehidupan harian ialah ahli keluarga ditimpa kemalangan, kenderaan untuk pergi ke kerja rosak, rumah terbakar atau keluarga ditimpa bencana. Bila dah terdesak akibat kejadian yang berlaku secara tiba-tiba ini, jika tiada simpanan maka mulalah bersetuju untuk mengambil hutang walaupun kadar faedah yang berlipat kali ganda tingginya. Seterusnya bayar hutang tidak habis-habis. Sekali lagi disebabkan senang-senang dahulu, susah-susah kemudian.. hehe

Bagi yang dah ada simpanan kecemasan 6 bulan pula, saya cadangkan golongan muda untuk adakan satu tabung keluarga dimana setiap ahli keluarga diwajibkan untuk menyimpan secara bulanan dalam satu tabung bersama dan wang tersebut dilaburkan dalam pelaburan yang dibenarkan oleh pihak kerajaan. Apa yang saya buat, saya peruntukkan sebanyak 20% (rujuk sini untuk post berkaitan) daripada gaji bulanan saya khas untuk tabung simpanan kecemasan ini. Sekiranya ada ahli keluarga yang mempunyai hal kecemasan dan memerlukan wang dengan kadar segera, bolehlah membuat pinjaman pada tabung tersebut dan bayaran balik dibuat pada kadar faedah yang rendah. Ok tak cadangan ni?

Bagi yang bercadang untuk mengadakan tabung kecemasan ini, dimana tempat yang sesuai untuk simpan? Selain daripada bank, saya sarankan supaya wang simpanan kecemasan ini di simpan di dalam bentuk unit amanah. Kenapa? Kerana wang disimpan tersebut juga akan menjadi pelaburan dimana pulangan keuntungan yang akan diperolehi dianggarkan lebih daripada 3% setahun. Jika hanya simpan di bank, kadar keuntungan yang boleh dijana hanyalah sekitar 1%.

Sekiranya berminat untuk menyimpan dan melabur dalam unit amanah untuk mengadakan tabung simpanan kecemasan, boleh hubungi saya di sini untuk berbincang.

Terima kasih

-NasrulSazli-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s