Mempelbagaikan Sumber Pendapatan

Zaman sekarang ni dengan teknologi yang serba canggih, banyak peluang-peluang yang muncul untuk menambah pendapatan bergantung kepada kreativiti dan kebolehan masing-masing. Sebenarnya bagi golongan muda yang mempunyai hutang yang minima, tidak perlupun untuk mencari sumber pendapatan yang lain. Namun sekiranya mempunyai hutang yang banyak dan ingin melangsaikannya secepat mungkin, maka perlulah mempunyai sumber pendapatan alternatif.

Banyak cara untuk mempelbagaikan sumber pendapatan. Antaranya ialah dengan membuat kerja separuh masa di mana-mana syarikat / perniagaan kawan, berniaga secara kecil-kecilan, membuat perniagaan atas talian, menjadi ejen insuran atau unit amanah, dan lain-lain lagi. Yang penting, mulakan dengan aktiviti yang memerlukan sifar modal atau modal yang paling minima.

Walau sumber pendapatan tambahan tersebut mampu menyumbang hanya beberapa ratus dalam sebulan, ianya merupakan satu langkah yang besar dalam menyelesaikan hutang dengan cepat dan menjadikan hidup bebas kewangan. Jangan pula pendapatan tambahan itu pula dibelanjakan untuk berseronok dan menambah hutang keliling pinggang. Itu cari penyakit namanya.

Leave a comment