About Nasrul

Anda minat dengan aktiviti outdoor dan d.i.y ?

Mempunyai kenderaan model Myvi, Avanza & Mitsubishi Triton 2.5D tahun 2006?

Minat kejuruteraan mekanikal?

Ingin mengetahui berkenaan Pengurusan Kewangan Peribadi?

Jika anda ingin mengetahui perkara-perkara seperti yang tersenarai di atas, anda telah mengunjungi blog yang betul !! Mengapa? Ini adalah kerana saya mempunyai hobi dan minat yang sama seperti anda yang ingin saya kongsikan bersama dalam nasrulsazli.wordpress.com ini.

DCIM100GOPROG0165324.
Profile View On Mei 2016
  • Nama saya Nasrul Sazli berumur dalam lingkungan 30-an
  • Bekerja sebagai jurutera mekanikal dan perunding unit amanah
  • Minat melakukan aktiviti memancing, berkhemah, aktiviti sukarelawan, bercuti dan aktiviti D.I.Y
  • Facebook : Nasrul Sazli , Facebook Page : NasrulSazli dotCom
  • Email : nasrulsazli@gmail.com

Tujuan saya berkongsi mengenai aktiviti dan pengalaman saya dalam menerusi blog ini tidak lain adalah hanya untuk saya jadikan sebagai rujukan saya di masa akan datang. Kalau guna Facebook , alamatnya hilang ditelan masa lah jawabnya.. hehe

Teringat pesan guru saya dahulu :

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: “Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya.” 
(Hadith Sahih – Riwayat Muslim dan lain-lainnya) 

Semoga apa yang saya kongsikan ini serba sedikit dapat memberi manfaat kepada semua dan dalam pada masa yang sama saya juga ingin belajar benda yang baharu daripada anda.

Terima kasih.

-Nasrul-

 

Advertisements