Menentukan Kapasiti Pam Kolam Renang

Untuk post kali ini, saya akan berkongsi mengenai pengiraan untuk menentukan kapasiti pam kolam renang. Kapasiti pam ini adalah bergantung kepada jenis kolam dan juga isipadu kolam renang itu sendiri.

Menentukan Kapasiti Pam Kolam Renang

Berikut adalah cara saya menentukan kapasiti pam sesebuah kolam renang:

1. Jenis Kolam Renang:

Setiap jenis kolam renang mempunyai (turnover rate) kadar kitaran yang berbeza. Turnover rate bermaksud berapa jam diperlukan untuk mengitar keseluruhan isipadu kolam renang melalui filter dan disinfection system. Sebagai contoh, saya senaraikan turnover rate untuk beberapa jenis kolam:

a. Kolam renang biasa: 8 – 10 jam

b. Kolam renang pertandingan: 6 jam

c. Kolam renang rawatan: 4 jam

d. Spa: 30 minit – 1 jam

2. Isipadu kolam:

Bergantung kepada keluasan dan kedalaman kolam renang yang ingin dibina. Secara amnya pengiraan isipadu adalah :

Isupadu (m³) = panjang (m) X lebar (m) X dalam (m)

3. Kapasiti Pam:

Flowrate pam boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Flowrate pam (m³/hr) = Isipadu / turnover rate (hr)

Untuk head pam pula bergantung kepada perbezaan antara paras pam dan juga paras air kolam renang dan pressure loss peralatan sistem kolam. Untuk pressure loss peralatan sistem kolam saya ambil 6 meter. Head pam boleh dikira dengan menggunakan formula berikut:

Head pam (m) = Perbezaan paras pam dan paras air kolam (m) + 6 m

Contoh Pengiraan:

kolam renang

Kira kapasiti pam untuk sebuah kolam renang biasa tertutup yang mempunyai saiz 10 m lebar dan 10 m panjang dengan kedalaman sebanyak 2 m. Lokasi bilik pam adalah bersebelahan kolam dan 0.5m bawah daripada dasar kolam.

1. Jenis kolam:

Kolam renang biasa. Flowrate yang sesuai ialah 8 jam

2. Isipadu kolam :

= 10m X 10m X 2 m

=200m³

3. Kapasiti pam:

Flowrate (m³/hr)  = 200m³/8 hr

= 25 m³/hr

Head pam (m) = Beza paras pam dan paras air kolam + 6m

= 2.5m+6m

= 8.5 m

Dengan itu, kapasiti pam yang sesuai untuk kolam renang tersebut adalah 25 m³/hr @ 8.5m head

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca dan sekiranya terdapat sebarang kesilapan, mohon komen untuk saya perbetulkan sekiranya perlu.

Terima kasih

NasrulSazli

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s