Penukaran Minyak Radiator Fan Clutch Mitsubishi Triton Tahun 2016

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Baru-baru ini Triton saya mengalami masalah dimana suhu air naik (overheat) setiap kali saya cuba memecut/memotong atau selepas keluar daripada selekoh. Pelikkan tapi itulah yang terjadi. Setiap kali jarum meter suhu air hampir mencecah paras 3/4 ke H, saya akan berhentikan kenderaan di tepi jalan dan biarkan enjin dalam keadaan idling sehingga suhu kembali ke paras normal.

Banyak punca boleh menyumbang kepada masalah tersebut. Jadi saya ambil keputusan untuk buat 2 perkara yang paling mudah dan murah dahulu iaitu isi semula minyak dalam radiator fan clutch dan tukar thermostat. Untuk post ini, saya akan kongsikan bagaimana saya membuka housing clutch fan dan mengisi minyaknya. Untuk cara-cara mengeluarkan clutch fan dan thermostat, saya akan ceritakan dalam post yang lain.

Langkah 1:

Letakkan clutch fan dan kepitkan pada ragum untuk mudahkan kita membuat kerja. Sekiranya terdapat rakan yang membantu untuk pegang, lebih bagus. Elakkan kepit terlalu kuat pada ragum untuk elakkannya daripada rosak/calar teruk.

Langkah 2:

Gunakan penukul, impact wrench dan mata screwdriver untuk melonggarkan 4 biji skru pada clutch fan tersebut. Pastikan mata screwdriver yang digunakan betul-betul sesuai dan fit sebelum ketukan dibuat. Tanggalkan semua skru.

Langkah 3:

Leraikan kedua-dua bahagian clutch fan tersebut dengan berhati-hati. Anda akan dapati minyak clutch fan telah berwarna hitam dan kotor.

Langkah 4:

Bersihkan minyak lama dengan menggunakan kain dan tanggalkan kerak-kerak kotoran yang terdapat pada permukaan cantuman.

Langkah 5:

Isikan minyak clutch fan yang baharu. Saya gunakan 2 tube. Harganya ialah RM5.50/tube.

Langkah 6:

Cantumkan semula kedua-dua bahagian clutch fan tersebut dengan rapat dan mengikut kedudukan yang betul. Kemudian pasang dan ketatkan semula semua skrunya seperti asal. Setlah pastikan pemasangan dalah kemas, bolehlah pasangkan semula clutch fan ini pada pulley enjin.

Setelah dibuat servis clutch fan dan pemasangan radiator thermostat yang baharu, masalah yang saya hadapi sebelum ini tidak lagi berlaku dan suhu air dalah normal.

Terima kasih.

Nasrul Sazli

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s