RESEPI HUTAN: SUP SAYUR

RESEPI HUTAN: SUP SAYUR

Memandangkan masakan sewaktu perkhemahan di dalam hutan tidak akan lengkap tanpa masakan sayur-sayuran, maka saya kongsikan resepi sup sayur yang saya biasa buat. Sup sayur ini mudah dibuat kerana menggunakan bahan-bahan yang ringkas dan senang disediakan.

Kebiasaannya saya akan sediakan dan cuci siap bahan-bahan untuk masakan sehari sebelum aktiviti perkhemahan dan bungkuskannya dengan elok dan disimpan di dalam peti sejuk. Bahan-bahan masakan ini dipindahkan ke dalam kotak sejuk sewaktu hari perjalanan agar ianya kekal segar sewaktu ingin digunakan nanti.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Cendawan tiram – 100 gram
  2. Brokoli – 100 gram
  3. Bunga kobis – 50 gram
  4. Lobak merah – 1 batang. Potong ikut suka
  5. Daun sup – 2 batang. Hiris
  6. Sawi – 50 gram. Potong ikut suka
  7. Isi ayam – 50 gram
  8. Cili padi hijau – 5 biji. Ketuk
  9. Bawang besar – separuh biji. Hiris
  10. Bawang putih –  2 ulas. Hiris
  11. Kiub ikan bilis – suku kiub
  12. Garam – secukup rasa.
  13. Minyak masak – 2 sudu
  14. Air – 500 ml

Cara memasak:

  1. Panaskan periuk dan minyak masak. Tumis bawang besar dan bawang putih. Setelah naik bau, masukkan isi ayam tumis dan cili padi. Masak selama 3 minit kemudian masukkan 500ml air.
  2. Setelah air mendidih selama 3 minit, masukkan kiub ikan bilis dan sayur-sayuran. Masak selama 3 minit dan perisakan dengan garam secukup rasa.
  3. Siap

Selamat makan dan bersantai!

 

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s