Assalammualaikum dan Salam Sejahtera.
Post kali ini saya kongsikan mengenai cara-cara saya menukar penapis pelincir gearbox auto untuk kereta saya jenis Perodua Myvi 1.3 Tahun 2010. Kekerapan saya menukar penapis ini setiap 50,000km kerana mudah untuk diingati. Post ini adalah sekadar untuk pengetahuan sahaja dan mungkin di luar sana terdapat cara yang lebih betul dan lebih baik daripada ini. Saya nasihatkan supaya anda menghantar kenderaan anda ke bengkel bertauliah kerana kerja-kerja ini adalah berisiko tinggi.
Langkah 1:
Seperti biasa, jack kenderaan ada pada sebelah kiri pemandu sehingga ke paras yang selesa untuk anda capai mangkuk gearbox. Pastikan tempat jack anda betul-betul selamat dan kuat kemudian letakkan penahan jack. Lokasi mangkuk pelincir gearbox terletak di bawah sebelah kiri pemandu. Buka bolt yang terdapat pada mangkuk tersebut dengan menggunakan spana socket size 14. Setelah tiada minyak yang mengalir keluar lagi, pasangkan semula bolt tersebut tanpa mengetatkannya.
Langkah 2:
Buka semua bolt yang terdapat di sekeliling mangkuk tersebut dengan menggunakan socket ratchet size 10. Terdapat 10 bolt semuanya dan sila buka dengan berhati-hati tanpa merosakkan bolt-bolt tersebut. Tinggalkan 1 bolt di sebelah hadapan dengan melonggarkannya sebanyak separuh untuk dijadikan sebagai penahan agar mangkuk tersebut tidak jatuh terus apabila dibuka. Letak baki bolt-bolt di dalam satu bekas agar tidak hilang.
Langkah 3:
Dengan menggunakan tapak tangan, ketuk sedikit mangkuk tersebut sehingga longgar dan jatuh seperti gambar di bawah. sekiranya sukar, gunakan scraper atau penukul getah dan buka/ketuk dengan perlahan-lahan dan berhati-hati. Setelah mangukuk tersebut telah terbuka sepenuhnya, buka bolt terakhir dan keluarkan mangkuk untuk dibersihkan.
Langkah 4:
Gambar dibawah ialah rupa penapis gearbox yang perlu digantikan. Setelah tiada pelincir yang mengalir keluar, ketepikan bekas tadahan untuk mulakan kerja-kerja menanggalkan penapis tersebut.
Langkah 5:
Buka penapis tersebut dengan berhati-hati. Terdapat 3 klip yang ada di sekeliling penapis tersebut. Sekiranya sukar menggunakan tangan, buka dengan berhati-hati menggunakan screwdriver sehingga ianya tertanggal.
Langkah 6:
Bersihkan mangkuk tersebut dengan menggunakan kain. Gunakan cecair pembersih seperti WD40/brake cleaner/carburator cleaner untuk mendapatkan hasil yang lebih bersih. Tanggalkan juga gasket lama dan bersihkan saki baki gasket yang ada di sekeliling mangkuk tersebut dengan menggunakan berus dawai halus. Bersihkan juga magnet bulat yang terdapat di tengah-tengah mangkuk tersebut dan letakkan semula ditempatnya. Berhati-hati agar ianya tidak tertanggal/tercicir/hilang.
Langkah 7:
Setelah diyakini suci bersih, letakkan sedikit High Temp RTV Silicon dan ratakan nipis pada sekeliling bibir mangkuk tersebut. Kemudian, lekapkan gasket pada bibir mangkuk tersebut mengikut kedudukan yang betul.
Langkah 8:
Pasangkan penapis gearbox yang baru pada kedudukan asalnya dengan berhati-hati. Pastikan lubang dan corong pada penapis tersebut berada pada tempat yang betul dan rapatkan sehingga o-ringnya betul-betul masuk. Pastikan ianya tidak mudah tertanggal dan buat pemeriksaan.
Langkah 9:
Bersihkan tapak bibir mangkuk pada body gearbox tersebut dengan menggunakan kain bersih dan juga cecair cleaner agar bebas daripada minyak. Bersihkan juga saki baki gasket sekiranya ada.
Langkah 10 :
Pasangkan semula mangkuk gearbox tersebut pada kedudukan asal. Walaupun ia memerlukan aksi silangan tangan yang sangat menguji akal dan minda, lakukanlah ianya dengan perlahan-lahan dan penuh kesabaran. Pastikan semua bolt-bolt dipasang dan diketatkan dengan menggunakan jari dahulu dan kemudian barulah dengan menggunakan socket size 10. Pastikan tekanan sewajarnya diberikan pada bolt-bolt tersebut agar ianya tidak patah.
Langkah 11:
Dengan menggunakan corong dan hose kecil melalui pipe dipstick, isikan pelincir atf gearbox baru dengan secukupnya (dalam 2 Liter). Saya menggunakan Minyak ATF Dexron III keluaran Perodua. Biasanya saya menggunakan minyak Penrite, namun telah kehabisan stok di stor saya. haha
Langkah 12.
Hidupkan enjin kereta dan letakkan gear pada setiap kedudukan gear dan ulang 2-3 kali dalam 1 minit. Kemudian matikan enjin dan periksa semula dipstick untuk pastikan paras pelincir gearbox tersebut berada pada paras yang mencukupi iaitu melebihi separuh paras C dan H seperti gambar di bawah.
Sebenarnya, saya melakukan penukaran keseluruhan pelincir atf gearbox ini dan terdapat langkah tambahan yang dilakukan selepas Langkah 11. Keseluruhan pelincir baru untuk gearbox ini yang saya gunakan adalah sebanyak 5 – 6 Liter. Namun kamera saya telah kehabisan bateri tanpa saya sedari dan tidak merakam babak-babak yang penting tersebut. Namun begitu, saya akan cuba kongsikan cara-cara tersebut pada post yang akan datang. Semoga bermanfaat.
-NasrulSazli-
kalau gear manual sama gak ke?
LikeLike
Tidak sama. Gear manual minyaknya berbeza dan jangkamasa untuk servisnya juga lebih panjang daripada gear auto. Rasanya setiap 40,000km , kena rujuk buku servis kereta.
LikeLike
sebenarnya minyak gear ni perlu ditambah atau diganti saja ? dan penapis ni perlu ditukar setiap kali tukar/tambah minyak gear ataupun tak ? maaf sekadar ingin tahu
LikeLike
Minyak gear auto perlu diganti sahaja. Tambah hanya jika didapati berkurang disebabkan ada kebocoran. Biasanya setiap 20,000km perlu ganti minyak atf baru. Untuk filter auto gearbox saya tukar setiap 40,000km. Minyak gear auto dan filter perlu ditukar untuk panjangkan jangka hayat gearbox. Gearbox auto ni sensitif sikit.
LikeLike
Gear manual ade filter juga ke?
LikeLike
Tiada. hanya perlu tukar minyak gearbox manual sahaja. GL4
LikeLike
Tiada
LikeLike
assalammualaikum bro . Nak tanya ni , berapa liter isipadu minyak gearbox myvi 1.3 auto ? Dan berapa kos keseluruhan belanja beli minyak gearbox auto,gasket dan filter gearbox tu ?
LikeLike
Walaikumsalam bro. Rasanya kalau tukar filter sekali dalam 2.5L. so beli la 3 botol (3L). Lebih boleh buat standby untuk topup. Kos saya beli dulu Perodua ATF D-III RM16/botol, ATF filter + gasket RM29/set.
LikeLike
assalamualaikum tuan…myvi 2010 saya dah 84,xxx km. dah masa dah ni nak tukar filter atf dan gasket.sblm ni tak pernah tukar.dah baca komen2,baru nak tukar 🙂 cadang nak beli dkt kedai auto parts dan pasang dkt workshop. berapa estimate standard labour caj untuk buat ni? last sekali, perlu ke diflush atf ni tuan?
LikeLike
Tula.. seeloknya tukar la AT filter tu setiap 40,000 ke 60,000 km. Rasanya labour charge dalam rm30-rm50 kot untuk servis. Minyak perlu tukar baru cuma tidak flush habis. Yang ada dalam oil pan tu saja yang akan diganti. Biasanya dalam 2 liter je minyak AT yang diperlukan.
LikeLiked by 1 person
Hi Nasrul, Kalau tak tukar filter, perlukan berapa litre?
LikeLike
Hi Chin. I standby selalu 2 Liter. Selalunya hanya guna dalam 1.5Liter.. 0.5 liter lebih boleh simpan untuk spare.
LikeLike
Rasanya 2 liter cukup. Kena check pada dipstick
LikeLike
boleh say tanya myvi 2010 saya pakai sp3 ada masaalah ke.. sebanarnya myvi lama guna yang atf D III atau SP3 tuan ..
LikeLike
Kalau ikut manual rasanya dia tulis ATF D-III SP. Jadi, pada pendapat saya macam tiada masalah kalo tuan guna SP3
LikeLike
Auto filter gearbox produa myvi ni sama tak dengan produa alza bos?
LikeLike
Saya kurang pasti la tuan. Rasanya jarang sama dengan alza. Tapi mungkin sama dengan Toyota Avanza..
LikeLike
salam tuan,
kedai tuan dekat mana? brp no contact tuan?
LikeLike
Wsalam.
Saya tiada kedai tuan. Lebih kepada DIY sahaja. Suka berkongsi apa yang saya dah buat .. 016-2210447
LikeLike
assalamualaikun tuan…nak tnya psl motor oil pulak ni…skrg ni kereta dah 84xxx km dan tgh pakai minyak fully sintetik,svc setiap 10000km.soalan saya,klu dah sampai 100k km nnti,boleh terus gunakan fully sintetik atau kena downgrade motor oil ke semi syn 10w40 ke….buat masa ni,alhamdulilah kereta takde masalah..enjin tiptop lgi 👍
LikeLike
Waalaikumsalam. Boleh tuan, tiada masalah. Nak teruskan pakai fully synthetic selepas 100,000km lebih baik bagi saya sebab lebih perlindungan untuk enjin. Cuma kalau rasa dah mahal sangat nak beli full synthetic, boleh lah tukar ke semi synthetic pula. Hehe
LikeLiked by 1 person
salam tuan.. tumpang tnya.. oil sump dgn penapis geafbox nie bnda yg sama kew.. atau lain2.. sorry sb bertanya.. sb sy xthu ape2.. just nk cri ilmu utk kereta sndri..
LikeLiked by 1 person
Tidak sama tuan. Oil sump tu merujuk kepada mangkuk hitam yang bertakung minyak gearbox. Ada 1 bolt untuk kita keluarkan minyak bila kita servis. Manakala penapis minyak gearbox ni ialah satu alat penapis yang ada di dalam oil sump tu. Nak tukar penapis, kena buka dulu oil sump.
LikeLike
Selamat pagi tuan, nak tanya tuan, drain plug itu ada gasket atau washer di tengah sama macam oil drain plug? Kena tukar drain plug gasket/washer tak bila pasang balik?
LikeLike
Ada washer. Kalau washer tu dah haus. Elok tukar..Sebab nanti ada leaking sikit nanti. Kalau masih elok, tak perlu tukar. kalau service center setiap kali servis tukar washer
LikeLike
atf filter tukar yg biasa ka …..guna atf filter yang ori..
LikeLike
Sebaiknya yang original/OEM. Hati tak risau dah.. haha
LikeLike
assalamualaikum tuan…saya nak tnya mengenai minyak enjin…skrg ni saya menggunakan minyak petronas syntium 3000 5w30 utk myvi saya.sekiranya lah minyak syntium 5w30 yg saya gunakan tu tdk ada stok,boleh saya gunakan 5w30 jenama lain atau kena tunggu jugak syntium 5w30 keluaran peteronas tu?
LikeLike
Waalaikumsalam. Boleh tiada masalah. Asalkan minyak yang lain tu tulen. Jangan kedai bagi minyak tapis dah la. Kalau tiada minyak 5W30 pun, boleh pakai 10W40. Di Malaysia rasanya sesuai pakai 10W40.
LikeLike
Smekom bang. Mau tanya klau kita servis di workshop harga dia dlm berapa?
LikeLike
Waalaikumsalam. Alamak, saya kurang pasti pula tuan berapa harga. rasanya upah sahaja mungkin dalam RM60-RM90 kot.
LikeLike