Percutian ke Krabi Thailand 2018

Assalammualaikum WBT.

Perancangan untuk bercuti ke Thailand dibuat pada bulan Oktober 2017. Tempahan untuk tiket kapal terbang dan hotel dibuat awal dan percutian ini diadakan selama 4 hari 3 malam iaitu pada 16 – 19 Januari 2018. Post kali ini saya kongsikan itinerary sepanjang bercuti di sana.

27545718_10212841813213567_1384939302653006311_n

Penerbangan : Air Asia (KLIA2 – Krabi Airport)

Hotel :

  1. Phu Panwa Resort
  2. Ao Nang Fiore Resort

Berikut adalah pergerakan sepanjang 4 hari tersebut.
16 Januari 2018:

  1. Berkumpul di KLIA2 jam 4.00 pagi dan mula check in bagasi. (Perlu ada di KLIA2 3 jam sebelum penerbangan antarabangsa)
  2. Pesawat berlepas ke Krabi Airport jam 7.00 pagi. Breakfast di dalam pesawat. Sedap pekena nasi lemak kat atas awan. haha
  3. Tiba di Krabi Airport jam 7.30 pagi (waktu Thailand 1 jam awal daripada Malaysia). Perlu isi satu borang putih dengan lengkap sebelum beratur di kaunter imegresen Thailand. Jika bermalam di hotel, tulis nama hotel pada alamat tempat tinggal borang tu. Kalau dibiarkan kosong, saja je nanti kena maki. Simpan kad ini sebaik-baiknya.
  4. Beli simkad Thailand (100-200 Bath) untuk mudah pergerakan di Airport.
  5. Ambil teksi ke hotel. Masa tu ambil pakej hantar dan balik sebab dapat diskaun. Maklumkan hotel mana perlu pickup nanti. (1100 Bath). Biasanya teksi dan bas dalam 600 Bath. Cuma bas lambat sikit sebab tunggu penumpang penuh.
  6. Aktiviti bebas di Ao Nang. Pergi lunch, jalan-jalan dan makan malam. Banyak kedai halal di Ao Nang, sedap ke tak bergantung pada individu. Kebanyakan restoran yang halal tahu cakap Melayu. Mudah sikit order.
  7. Malam tu pergi ke Malaysia Krabi Restoran untuk berjumpa dengan Abang Eddie dan buat tempahan untuk pakej-pakej menarik yang ada di Krabi. Harga memang murah. Pakej yang dipilih ialah 7 Island (650Bath/Orang) untuk 17 Januari 2018 dan Hot Spring + Emerald Pool + Tiger Cave + Elephant Trekking (730Bath/Orang) pada 18 Januari 2018.
  8. Tidur

17 Januari 2018:

  1. Bersarapan pagi di hotel sementara menunggu travel agent pickup pada jam 8.45 pagi.
  2. Aktiviti island hoping daripada jam 9pagi – 4.30 petang. Sebanyak 7 buah lokasi dilawati sambil melakukan aktiviti riadah dan snorkling. Makan tengahari disediakan di dalam pakej.
  3. Waktu petang rehat di hotel sementara tunggu hujan reda untuk keluar makan malam.
  4. Makan malam hari ini kami pergi ke Bamboo Restaurant. Makanan sedap dan harga adalah berpatutan. Ada juga hasil-hasil laut yang hidup boleh dipilih dan harganya mengikut kadar timbangan. Pelayan ada yang boleh berbahasa Melayu.
  5. Lepas makan malam, balik tidur hotel.

18 Januari 2018

  1. Check out awal pagi kerana kami akan berpindah ke hotel lain untuk malam seterusnya. Sementara menunggu travel agent pickup jam 10.00 pagi, kami bersarapan di hotel.
  2. Aktiviti hari ini ialah lawatan ke Hot Spring, Emerald Pool, Tiger Cave dan juga Elephant Trekking daripada jam 10.00 pagi hingga 5.00 petang. Kedudukan satu-satu lokasi adalah jauh, boleh la nikmati pemandangan daripada dalam van sepanjang perjalanan. Boleh buat aktiviti berendam/mandi di Hot Spring dan juga Emerald Pool. Sila bawa pakaian sesuai dengan aktiviti basah jika hendak mandi.
  3. Makan tengahari di kedai makanan halal yang terdapat di Emerald Pool. Kedai tersebut berada di tengah-tengah lot kedai yang ada di situ dan ke dalam. Masakan sedap dan halal dan tauke peramah boleh berbahasa Melayu.
  4. Petang itu kami check in di Aonang Fiore Resort. Hotelnya cantik dan dijaga rapi. Waktu petang dihabiskan dengan berehat. Boleh ambil banyak gambar cantik disini.
  5. Untuk keluar makan malam pula, kami sewa motor. Kadar harga ikut cc motor tersebut. Ambil 150cc dan kadar yang di kenakan adalah sebanyak 300 Bath / hari. Deposit adalah sebanyak 3000 Bath.
  6. Untuk isi perut sebelum makan malam, kami pergi mencari Yaminlah Pancake, lokasi baharunya adalah berdekatan dengan surau/masjid di kawasan Phra Nang Beach (Sebelah Ao Nang Beach). Banyak menu boleh dicuba dan memang sedap.
  7. Kemudian kami makan malam di sebuah kedai makan kecil tidak jauh daripada gerai Yaminlah Pancake (50m). Makanan sedap dan harga berpatutan.
  8. Balik hotel tidur.

19 Januari 2018

  1. Sarapan di hotel.
  2. Pergi ke Phra Nang Beach untuk mengambil gambar dan nikmati pemandangan pantai.
  3. Membeli belah di sepanjang jalan Phra Nang Beach ke Ao Nang Beach.
  4. Balik hotel berkemas dan check out.
  5. Seperti dijanjikan, teksi yang di tempah awal semasa tiba ke Krabi pickup kami untuk ke Krabi Airport.
  6. Makan tengahari di kedai makan yang ada di luar Krabi Airport tersebut (50m)
  7. Check in penerbangan. Kembalikan resit putih yang diisi semasa tiba di Krabi, jika resit hilang, memang akan ada masalah. Jadi jaga resit tersebut dan jangan hilangkan. Penerbangan pulang ke Malaysia.

Di Krabi sangat seronok untuk mereka yang inginkan aktiviti outdoor dan juga berehat. Mungkin akan datang lagi ke sini dan cuba buat aktiviti lain pula.

Sekian.

Nasrul Sazli

6 thoughts on “Percutian ke Krabi Thailand 2018

      1. Pada waktu tu, itulah no yang saya hubungi untuk berurusan dengan beliau. Saya dapat pun daripada komen-komen facebook pelancong-pelancong yang ke sana. Mungkin sekarang beliau dah guna nombor lain. Saya kurang pasti

        Liked by 1 person

  1. fainmohd

    yg 3rd day tu, 18 jan.. check out awal pagi sblm buat xtvt kan? beg2 besar bwk sekali ke? ataupun drop baggage dekat hotel yg nk check in tu dulu? tq..

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s