Penggantian Cabin Filter Penyaman Udara Perodua Myvi 1.3 EZI Tahun 2010

Assalammualaikum dan salam sejahtera.

Post kali ini saya kongsikan cara hendak tukar cabin filter penyaman udara untuk kereta Myvi 1.3 EZI Tahun 2010. Untuk lain-lain model Myvi saya kurang pasti sama atau tidak. Rasanya lebih kurang, cuma jenis filter mungkin berbeza.

Sekiranya penyaman udara anda rasa seperti kurang sejuk atau kurang angin, terdapat kemungkinan cabin filter/blower/ cooling coil penyaman anda telah kotor atau tersumbat. Biasanya puncanya adalah cabin filter yang telah kotor dengan habuk dan debu. Anda boleh cuba tukar sendiri kerana amat mudah.

Langkah 1:

Tanggalkan glovebox  di bahagian kaki co-driver dengan berhati-hati. Terdapat pin yang perlu ditarik/regangkan seperti yang saya tandakan.

Langkah 2:

Tarik dan keluarkan penutup filter seperti yang saya tandakan gambarajah bawah.

Langkah 4:

Keluarkan filter lama. Gantikan dengan filter baharu. Pastikan kedudukan filter tersebut betul dan tidak terbalik. Cabin filter saya beli di kedai spare part. Anggaran harga dalam RM 10.00 – RM15.00. Biasanya saya tukar setahun sekali, nak mudah lagi setiap kali nak Hari Raya Aidilfitri. hehehe

Langkah 5:

Pasang semula penutup cabin filter pada blower dan glovebox dengan rapat dan betul. Kemudian, boleh cuba hidupkan penyaman udara dan lihat masalah selesai atau tidak. Sekiranya tidak juga menyelesaikan masalah, bolehlah bawa ke kedai servis penyaman udara kenderaan untuk buat pemeriksaan lebih lanjut.

Semoga bermanfaat kepada yang berkenaan.

Nasrul Sazli

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s