8 Cara Mudah Untuk Menyimpan Wang

Assammualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera

8 Cara Mudah Untuk Menyimpan Wang

Untuk post kali in, saya akan kongsikan tips atau cara mudah untuk menyimpan wang yang telah saya belajar dan amalkan daripada beberapa orang rakan dan daripada bahan bacaan saya. Sebenarnya untuk menyimpan itu sangat mudah, namun yang menjadikannya susah ialah untuk memulakannya dan menjadikannya sebagai amalan. Jadi, dengan itu saya kongsikan cara untuk membuat simpanan.

Tips 1 : Rekod Perbelanjaan Anda

Langkah pertama untuk membuat simpanan wang ialah dengan mengetahui berapa banyak perbelanjaan harian yang anda buat melalui rekod belanja. Anda seboleh-bolehnya perlu merekodkan setiap sen yang anda belanja termasuklah membeli surat khabar, minum petang, petrol, alat tulis dan lain-lain. Zaman sekarang dah mudah nak buat rekod belanja harian kita iaitu dengan hanya menggunakan apps percuma pada telefon bimbit. Antara apps yang boleh anda cuba ialah Mobills: Budget Planner dan juga Money Manager Expense & Budget. Boleh juga anda cuba lain-lain apps yang anda selesa. Yang penting, setiap masa perlu masukkan segala perbelanjaan yang ada buat setiap hari.

Setelah anda mempunyai maklumat-maklumat ini anda perlu pecahkannya mengikut kategori seperti bil utiliti, pengangkutan, keperluan rumah, makanan, hutang, sedekah , zakat dan lain-lain yang dirasakan perlu. Kemudian anda perlu kira jumlah perbelanjaan mengikut kategori-kategori ini setiap bulan. Daripada jumlah ini, anda akan dapat mengatahui kategori manakah kebanyakan wang anda dihabiskan atau terlebih belanja dan anda menilai semula sama ada perbelanjaan yang telah anda buat tersebut adalah perlu atau tidak.

Tips 2 : Sediakan Bajet Anda

Bajet yang anda perlu sediakan ini bukanlah seperti Bajet 2018 yang baru diumumkan. hahaha Sebenarnya menyediakan bajet adalah penting untuk anda rancang dan menetapkan jumlah dan had yang anda boleh belanja dalam sebulan mengikut setiap kategori yang telah anda sediakan sebelum ini. Dengan ini anda boleh elakkan diri daripada terlebih belanja atau membeli/membayar suatu yang bukanlah keperluan.

Antara bajet yang anda perlu sediakan adalah pengangkutan, bil utiliti, belanja dapur, belanja sekolah/kolej anak-anak, belanja makan harian, hutang bank, penyenggaraan rumah & kenderaan, zakat/cukai, insuran, dan lain-lain yang anda rasa perlu. Pastikan bajet yang anda sediakan ini tidak melebihi jumlah pendapatan bulanan anda!

Tips 3 : Sediakan Pelan Simpanan Wang

Setelah anda menyediakan bajet bulanan anda mengikut kategori, langkah seterusnya ialah anda perlu tambahkan satu kategori baharu iaitu Pelan Simpanan Wang dalam bajet anda tadi. Cuba untuk mengasingkan sebanyak 10 – 15 % daripada pendapatan bulanan anda untuk dijadikan sebagai simpanan. Sekiranya bajet perbelanjaan anda sangat tinggi sehinggakan anda tidak boleh mencapai peratus simpanan tersebut, maka anda perlu membuat potongan bajet pada kategori lain.

Untuk membuat potongan bajet ini, anda perlu mengenalpasti kategori mana yang anda boleh kurangkan perbelanjaan. Sebagai contoh, anda boleh kurangkan belanja pada aktiviti hiburan, melancong, makan malam di restoran, internet, siaran televisyen berbayar, dan lain-lain lagi.

Apa yang penting, anda anggap kategori Pelan Simpanan Wang ini adalah sangat penting dan sama kritikalnya seperti kategori belanja dapur. Ramai orang yang gagal dalam pengurusan kewangan peribadi berpunca daripada mereka membayar kepada orang lain terlebih dahulu (belanja/hutang/bil) berbanding membayar diri sendiri (simpanan) sejurus menerima pendapatan.

Tips 4 : Sasaran Simpanan

Satu cara terbaik untuk membuat simpanan ialah dengan menetapkan sasaran. Mulakan dengan menentukan apa objektif, sasaran dan jumlah untuk simpanan anda ini. Contohnya, untuk keperluan di waktu kecemasan, pendahuluan membeli rumah, pengajian tinggi anak-anak, persaraan, melancong, dan lain-lain yang anda perlukan. Daripada situ, anda akan dapat mengetahui jangkamasa yang diperlukan untuk mencukupkan simpanan tersebut.

Sasaran anda boleh dipecah-pecahkan mengikut jangkamasa sama ada sasaran jangkamasa pendek (1-3 tahun), jangkamasa sederhana (4 – 10 tahun) dan jangkamasa panjang (11-30 tahun). Berikut adalah contoh sasaran yang boleh anda fikirkan:

Jangkamasa Pendek:

  1. Kegunaan waktu kecemasan (6 bulan gaji)
  2. Melancong
  3. Modal berniaga
  4. Membeli kereta/motosikal

Jangkamasa Sederhana:

  1. Bayaran pendahuluan rumah
  2. Tabung pengajian tinggi anak-anak
  3. Membeli hartanah
  4. Berkahwin
  5. Melangsaikan hutang kad kredit/peribadi
  6. Naiktaraf rumah

Jangkamasa Panjang:

  1. Tabung persaraan
  2. Melangsaikan hutang rumah
  3. Haji / Umrah
  4. Kesihatan / Bil Hospital

Tips 5 : Tentukan Keutamaan Anda

Setelah selesai menentukan bajet perbelanjaan dan pendapatan anda, langkah seterusnya ialah memastikan simpanan bulanan anda itu dijadikan sebagai satu kemestian dan amalan. Adalah penting untuk anda kekal fokus dengan sasaran dan jangkamasa yang telah anda tetapkan sebelum ini dan anggap ia sebagai motivasi kepada diri anda. Anda juga perlu tentukan sasaran-sasaran tersebut mengikut keutamaan anda. Sebagai contoh, sasaran untuk tabung pengajian tinggi anak-anak lebih penting daripada naiktaraf kediaman anda.

Tips 6 : Pilih Instrumen Simpanan Yang Sesuai

Langkah seterusnya ialah untuk memilih di mana anda sepatutnya membuat simpanan ini. Terdapat pelbagai pilihan instrumen dan skim yang disediakan oleh institusi kewangan dan pelaburan pada hari ini dan anda perlu membuat pilihan berdasarkan sasaran dan objekti simpanan anda.

Sekiranya sasaran dan objektif simpanan anda untuk jangkamasa pendek, antara pilihan yang anda ada adalah di dalam akaun simpanan, akaun deposit tetap dan dana unit amanah.

Jika anda anda berhasrat untuk membuat simpanan dan sasaran untuk jangkamasa sederhana dan jangkamasa panjang, saya cadangkan anda untuk menyimpannya di dalam dana unit amanah. Ini adalah kerana disamping anda membuat simpanan didalam dana unit amanah tersebut, wang anda juga akan berganda daripada semasa ke semasa melalui pulangan pelaburan itu. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai simpanan/pelaburan dalam unit amanah, anda boleh menghubungi saya untuk temujanji. Saya akan cuba bantu dan terangkan dengan lebih lanjut.

Tips 7 : Simpanan Secara Automatik

Saya mencadangkan supaya simpanan bulanan anda itu dibuat secara automatik. Caranya ialah dengan membuat penolakan automatik setiap bulan daripada akaun bank pendapatan anda dan disalurkan ke dalam instrumen-instrumen simpanan/pelaburan yang anda pilih. Simpanan secara automatik adalah cara yang sangat baik untuk anda mencapai objektif simpanan anda kerana ianya dapat menjimatkan masa dan memudahkan urusan transaksi anda tanpa memikirkannya. Selain itu, anda juga dapat mengurankan risiko terguna bajet simpanan untuk membayar keperluan lain dahulu.

Tips 8 : Simpanan Secara Automatik

Akhir sekali, anda perlu membuat pemeriksaan dan penilaian terhadap perkembangan simpanan anda setiap bulan. Ianya bukan sahaja memastikan simpanan anda dibuat setiap bulan tetapi juga untuk menaikkan motivasi anda dengan melihat simpanan anda berkembang daripada semasa ke semasa.

Itu sahaja tips dan langkah yang dapat saya kongsikan. Semoga dengan perkongsian ini, anda dapat manfaat daripadanya dan mulakan simpanan anda secepat yang mungkin. Semoga berjaya!!!

– NasrulSazli –

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s