Percutian ke Pulau Perhentian Tahun 2017

Pulau Perhentian

Perancangan untuk bercuti ke Pulau Perhentian, Terengganu telah lama diletakkan dalam senarai aktiviti 2017. Kebetulan pula pada bulan Julai 2017 rakan daripada group Jungletrax Adventure mengajak untuk menyertai trip mereka ke Pulau Perhentian. Tanpa banyak cakap, persetujuan pun diberi.

Sehari sebelum tarikh bertolak ke Terengganu, segala persiapan telah diperiksa dan diletakkan di dalam kereta. Antara keperluan yang dibawa ialah pakaian untuk aktiviti kering dan basah, makanan ringan, air mineral, set snorkling, torchlight, dan lain-lain. Keesokan harinya, selesai saja solat mahgrib makan bermulalah perjalanan ke Terengganu. Sebanyak 3 kenderaan akan berkonvoi bersma dan dijadualkan untuk berkumpul di Petronas Bentong lebih kurang jam 8.30malam. Dijangkakan perjalanan mengambil masa selama 7 jam. Destinasi kami ialah untuk ke Pasir Puteh dimana kami akan berehat sebentar di guest house kepunyaan rakan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Besut. Sesiapa yang memerlukan penginapan di Pasir Puteh, bolehlah ke CBK Guest House dan hubungi En. Puad 012-207 2363.

Kos pengangkutan : RM 150.00 (minyak dan tol) 500-600km

Kos penginapan : RM 200.00 – RM 300.00 / malam

Tepat jam 8.00pagi 22 Sept 2017, kami keluar berjalan kaki ke gerai di hadapan guest house untuk bersarapan pagi. Menu semestinya menu sarapan ala pantai timur. Nasi kerabu, nasi dagang, nasi berlauk, mee goreng , kuih-kuih tradisional dan lain-lain. Tak perlu pergi jauh-jauh jika nak sarapan sedap. Jam 10.00pagi kami berkumpul di Jeti Kuala Besut untuk menaiki bot yang telah ditempah khas untuk membawa kami sekumpulan ke Pulau Perhentian kecil. Jeti agak sesak dengan pengunjung yang mahu ke Pulau Perhentian. Hati-hati semasa menaiki bot dan pastikan tiada barang dan beg yang tertinggal. Sampai di pulau, pengunjung akan diturunkan berdekatan dengan pantai yang mana kedalaman air setinggi betis/lutut. Jadi, pastikan pakaian dan selipar/kasut anda mesra air. Selesai urusan penginapan, terus makan tengahari di pulau. Kos makan di pulau adalah lebih mahal berbanding di darat, pastikan bajet cukup.

Kos permit : RM5.00/orang

Kos bot : RM70.00/dewasa, RM35.00/kanak-kanak (pergi & balik)

Kos penginapan : Bergantung dimana anda menginap

Kos makan/minum : RM30.00/orang

Aktiviti pada 23 September 2017 ialah bebas. Kami banyak habiskan masa dengan lepak berehat sambil minum di cafe dan ada yang bermain air/snorkling di pantai. Untuk sebelah malam, selesai maghrib kami ber jungle tracking ke Kampung untuk bersiar-siar dan mencari makan malam. Sesiapa yang rasa larat, bolehlah buat. Yang rasa tidak kental nafas, jangan cari pasal. Makan malam di cafe berdekatan saja. Nanti dapat penat je kalau tracking ni. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam jika berjalan perlahan-lahan melalui track yang ada tangga-tangga, pokok tumbang, laluan berakar dan licin. Pastikan pakaian dan kasut sesuai serta paling penting bawa bersama headlight / torchlight. Kami singgah makan di Kampung iaitu di gerai Abang Lan. Menu goreng-goreng sambil pekena kopi o panas sementara tunggu hujan berhenti. Jam sebelas malam, kami ber jungle tracking semula ke penginapan. Untuk makluman, bot kecil/taxi tidak beroperasi pada waktu malam. Sekiranya ada pun, chargenya mungkin 2 kali ganda daripada waktu siang.

Kos makan malam : RM10.00/orang

Jam 8.00 pagi 24 September 2017 mula bersarapan di cafe sambil menunggu bot untuk membawa kami ke pulau/pantai sekitar Pulau Perhentian dan melakukan aktiviti snorkling. Pada sebelah pagi, kami dibawa untuk snorkling di 3 lokasi dimana kami berpeluang untuk bersnorkling bersama penyu dan tempat berbatu karang yang sangat cantik. Sengaja tidak upload gambar disini supaya yang nak merasa keindahannya, kena pergi ke sana. Memang sangat cantik batu karang dan ikan-ikan yang masih terpelihara di sana. Kemudian kami dibawa ke Pulau Air Berani untuk merasai nikmat mandi air daripada mata air yang sangat sejuk dan nyaman. Tepat jam 1.00 tengahari kami bergerak menuju ke Kampung untuk makan tengahari dan berehat. Jam 3 petang aktiviti snorkling bersambung lagi ke lokasi yang mempunyai ikan seakan flower horn dan bersiar-siar di Long Beach. Di Long Beach mempunyai ramai pengunjung dan pantainya yang sangat panjang. Terdapat banyak gerai disini untuk pengunjung berehat sambil minum petang. Kami bertolak pulang ke penginapan pada jam 5.00 petang dan sebagai penutup, kami dibawa mengelilingi Pulau Perhentian Kecil. Makan malam kami seperti biasa iaitu di cafe sehingga cafe tutup jam 11.00 malam. Bersantai di pantai pada tengah malam amat menenangkan jiwa.

Kos Bot Snorkling : RM 40/orang

Jam 10.00 pagi 25 September 2017 kami bersiap untuk pulang ke Kuala Besut dan terus menuju ke homestay di Pasir Puteh. Di sekitar jalan pulang dari Jeti Kuala Besut menuju ke Pasir Puteh, terdapat banyak gerai yang menjual keropok lekor dan keropok ikan dan harganya amat berpatutan. Pada sebelah petang, masing-masing hanya menghabiskan masa dengan berehat dan ada juga yang bersiar-siar di pekan Pasir Puteh. Jam 8.00malam kami bergerak ke sebuah restoran yang menyajikan ikan talapia bakar bergaram. Pertama kali merasainya dan memang sangat sedap.

Kos ikan bakar : Tidak pasti sebab telah di sponsored. Haha

Jam 10.00 pagi 26 September 2017, setelah selesai bersarapan kami singgah di pasar pekan Pasir Puteh untuk mencari buah tangan. Terdapat pelbagai barangan dijual disini dengan kadar harga yang berpatutan. Dapatlah sambar beras sekampit. Hehe Kemudian, perjalanan kami meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu melalui jalan pantai untuk singgah menikmati udang dan sotong celup tepung di Penarik. Setelah puas makan, perjalanan menuju ke Kuala Lumpur pun bermula. Kami tiba di Kuala Lumpur lebih kurang jam 8.00 malam. Pengalaman bercuti di Pulau Perhentian amatlah menyeronokkan dan akan dibuat lagi pada masa akan datang.

Kos pengangkutan : RM150.00 (minyak dan tol)

Kos makan celup tepung: anggaran RM 20/orang

Gambar dalam laut ambil menghunakan semasa snorkling memang cantik,

– NasrulSazli –

Advertisements

2 thoughts on “Percutian ke Pulau Perhentian Tahun 2017

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s