Rekabentuk Sistem Kolam Renang – Bahagian 2: Pengiraan

PENGIRAAN KAPASITI PERALATAN KOLAM RENANG

Terdapat banyak cara pingiraan untuk menentukan kapasiti setiap peralatan kolam renang yang direkabentuk. Dibawah ialah contoh pengiraan ringkas yang saya dapat kongsikan mengikut turutan.

1. Luas

Luas = Panjang X Lebar

Image result for pool calculation
Contoh 1:
Panjang, L = 25 m
Lebar, W = 5 m
Luas = L X W
= 25 m x 5 m
= 125 m²

2. Isipadu

Isipadu = Luas X Tinggi Purata
Contoh 2:
Tinggi Purata = 1.8 meter
Isipadu = Luas x Tinggi Purata
= 125 m² x 1.8 m
= 225 m³ @ 59438.74 gallons

3. Turnover Rate

Turnover rate bermaksud masa yang diambil untuk mengitar semula keseluruhan air kolam tersebut melalui penapis. Terdapat pelbagai pendapat berkenaan angka sebenar turnover rate kerana ianya adalah bergantung kepada banyak faktor. Antaranya faktor-faktornya ialah:
  1. Bilangan pengguna pada satu masa: Sekiranya ramai pengguna menggunakannya pada satu-satu masa, semakin pendek turnover rate yang perlu dipilih.
  2. Cuaca: Sekiranya cuaca di kawasan tersebut puratanya lembab sepanjang tahun, semakin pendek turnover rate yang perlu dipilih.
  3. Suhu persekitaran: purata suhu persekitaran yang tinggi, semakin pendek turnover rate yang dipilih.
  4. Kolam indoor atau outdoor: Kolam outdoor lebih cepat tercemar daripada indoor. Kolam outdoor memerlukan turnover rate yang pendek berbanding kolam indoor.
Kebiasaannya, turnover rate yang dicadangkan ialah:
  • Kolam renang biasa = 8 jam
  • Kolam renang pertandingan =4 – 6 jam
  • Kolam spa = 1 jam
Contoh 3:
Turnover rate kolam renang = 6 jam
Turnover rate ini akan menentukan kapasiti pam yang akan digunakan nanti. Sekiranya memilih turnover rate 6 jam, kapasiti pam yang akan digunakan adalah lebih besar berbanding turnover rate 8 jam dan seterusnya akan meningkatkan penggunaan kos tenaga elektrik.

4. Ideal Flow Rate

Flow rate = Isipadu / turnover rate
Contoh 4:
Ideal flowrate = 225 m³ / 6 hour
= 37.50 m³/hr @ 137.50 gpm @ 625 l/m

5. Pam

Setelah ideal flowrate diperolehi, kapasiti pam dapat ditentukan. Kebiasaannya pressure head untuk pam kolam renang adalah antara 15 – 25 meter head. Pressure head ini mengambilkira pressure loss pada penapis,keseluruhan paip dan static head yang diperlukan. Sekiranya ingin dapatkan nilai pressure head yang tepat bolehlah buat pengiraan yang mendalam sikit. banyak contoh-contoh yang boleh diperolehi daripada internet. Sekiranya berkesempatan, saya akan cuba buat satu contoh nanti.
Kebiasaannya untuk sistem pam kolam renang, terdapat 2 jenis sistem pam iaitu sistem 2 pam atau sistem 3 pam. Sekiranya kolam renang itu kecil, cukup untuk gunakan sistem 2 pam (1 duty & 1 standby) dan sekiranya kolam renang yang besar, lebih elok menggunakan sistem 3 pam (2 duty, 1 standby). Kelebihan menggunakan sistem 3 pam untuk kolam renang yang besar adalah untuk penjimatan tenaga elektrik dan penjagaan hayat pam.
Contoh 5:
Ideal Flowrate = 37.50 m³/hr @ 137.50 gpm @ 625 l/m
Assume Pressure head = 21 meter (10 m – filter, 11m – paip) @ 69 kaki

. Ambil kira juga tinggi daripada pam ke kolam.

Sistem pam dipilih : 3 pam (2 duty & 1 standby)
Kapasiti pam = Ideal flowrate ÷ Bilangan pam duty
= 37.50 m³/hr ÷ 2 pam
= 12.5 m³/hr
Sebanyak 3 buah pam (2 duty 1 standby) dengan kapasiti 12.5m³/hr @ 21m head setiap satu perlu dipasang pada sistem kolam renang.

6. Penapis

Untuk pemilihan penapis, perlu rujuk kepada katalog daripada pengeluar. Terdapat 3 jenis penapis yang boleh dipilih berdasarkan kepada jenis kolam iaitu Sand Filter, Cartridge Filter dan D.E Filter. Penentuan penapis adalah berpandukan kepada kapasiti pam.
contoh 6
Merujuk kepada katalog pengeluar penapis, saya memilih penapis daripada jenis Sand Filter dengan kapasiti seperti di bawah:
Flowrate pam : 12.5m³/hr = 208 l/min
sand filter
sand filter

7. Saiz Paip

Saiz paip yang dipasang pada sistem ini boleh ditentukan dengan pelbagai cara berdasarkan ideal flow rate pam dan boleh rujuk di dalam internet. Untuk sistem kolam renang ini, saya memilih untuk menggunakan paip PVC.

CONTOH 7

Ideal Flowrate = 37.50 m³/hr @ 137.50 gpm

Saiz paip PVC = 70mm (3inch)

Dengan 7 turutan pengiraan ini, rasanya sudah hampir lengkap untuk sistem kolam renang. Tidak semestinya pengiraan dan contoh di atas adalah betul kerana terdapat banyak cara pengiraan jika di rujuk dalam internet. Terdapat banyak lagi penentuan kapasiti peralatan lain yang tidak saya masukkan dalam post ini iaitu chemical dosing pump, heater, chiller, chlorinator generator, skimmer, inlet, main drain dan lain-lain. Inshallah akan dikongsikan dalam post yang lain. Semoga dapat menjadi pengetahuan asas kepada semua.

-NasrulSazli-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s