Singgah Makan di Restoran Nasi Gulai Kandar, Sepang

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Selepas 2 minggu Aidilfitri berlalu, rasanya dah muak makan rendang, ketupat lemang dan lodeh. Maka terfikir untuk makan tengahari menu yang berbeza. Kebetulan daripada Melaka, akan melalui Nilai. Maka teringin untuk makan di restoran yang diusahakan oleh makcik saya di Sepang. Setelah telefon untuk memastikan restorannya telah dibuka, saya pun terus menuju ke Sepang.

Nama restoran makcik saya ialah Nasi Gulai Kandar yang beralamat di Jalan Akasia 2, Desa Salak Akasia, Salak Tinggi, 43900 Sepang, Selangor. Beroperasi mula jam 10.00 pagi sehingga jam 5 petang. Menu yang disediakan tidak lain tidak bukan ialah nasi kandar!!! hahaha Biasanya nasi kandar di restoran mamak sahajakan. Sesiapa yang tidak minat ke kedai mamak seperti saya, bolehlah singgah ke sini jika kebetulan lalu ke Sepang.

Lauk pauk yang disediakan macam biasalah, ikan tenggiri, ayam goreng, sotong, udang, sayur taugeh dan kobis, telur ikan,  kambing, telur masin, dan daging yang dimasak kari dan gulai.

Jika saya ke sini, lauk yang biasa saya pilih mestilah kambing dan sotong, kuah campur dan sayur taugeh campur kobis goreng. Memang sedap!!

Sewktu singgah ke restoran ni, dah petang. Jadi banyak lauk yang telah habis dan tak sempat untuk ambil gambar. Jika hendak tahu lauk-lauk lain yang ada dan rasanya, kenalah datang singgah. Kebanyakan pelanggan yang datang ke sini, akan tapau banyak dan lauk-lauk cepat habis. Inshaallah sedap, selesa dan bersih. Setiap kali lalu Sepang, mesti saya akan singgah.

-nasrul-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s