Rekabentuk Sistem Kolam Renang – Bahagian 1: Jenis Kolam dan Fungsinya

Kolam Renang :

Fungsi? Indoor atau Outdoor ? Sistem?

Projek seterusnya saya telah diberi tugasan untuk mengubahsuai sebuah bangunan dengan objektif utamanya ialah mengadakan 1 buah kolam renang dan 3 buah kolam untuk terapi kecergasan. Untuk menambah pengetahuan saya berkenaan kolam renang, saya telah buat sedikit kajian sedikit kajian daripada internet dan daripada pembekal peralatan kolam renang.

indoor pool
Indoor Pool
outdoor pool
Outdoor Pool

Perkara pertama yang perlu ditentukan adalah fungsi kolam-kolam yang akan dibina erdasarkan kehendak pelanggan. Kemudian ditentukan pula sama ada kolam tersebut adalah dibina secara indoor atau outdoor. Secara umumnya kolam renang indoor lebih senang disenggara berbanding kolam renang outdoor. Kolam renang outdoor lebih terdedah kepada debu persekitaran, najis burung,serangga, daun-daun dan ranting pokok, air hujan, dan suhu persekitaran menjadikan airnya lebih cepat kotor dan berkulat. Setelah mengetahui fungsi, dapatlah ditentukan pula jenis kolam yang akan dibina. Antara jenis kolam yang baisanya dibina dalah seperti di bawah.

Terdapat 2 sistem kolam renang yang biasanya digunakan untuk membina kolam renang iaitu:

a. Sistem Overflow:

overflow pool
overflow system

b. Sistem Skimmer:

skimmer pool
skimmer system

Jenis Kolam Renang Dan Fungsinya

1. Jenis Kolam Renang Biasa

Kolam renang jenis biasa adalah kolam yang dibina di separas tanah, berbentuk segi empat dengan saiz dan kedalamannya adalah terpulang kepada pemilik sendiri. Fungsinya adalah untuk pengguna melakukan pelbagai aktiviti air seperti sukan/permainan air, belajar berenang, dan lain-lain.

 2. Jenis Lap Pool

lap pool
lap pool

Lap Pool adalah kolam renang yang biasanya dibina dan digunakan untuk tujuan kecergasan dan kesihatan. Bentuknya adalah segi empat memanjang iaitu sekurang-kurangnya 15 meter dan sempit. Lap Pool lebih popular dibina di tempat-tempat yang tidak mempunyai ruang yang luas. Fungsinya adalah untuk pengguna  untuk melakukan aktiviti senaman renang dengan jarak yang selesa.

3. Jenis Training Pool

training pool
training pool
Training Pool mempunyai bentuk kolam renang latihan lebih kecil daripada kolam renang biasa. Kolam renang ini kebiasanya dilengkapi dengan sistem penggerak arus. Fungsinya adalah adalah untuk pengguna melakukan latihan renang kedudukan yang sama dengan bantuan arus yang dihasilkan oleh mesin.

 

4. Jenis Above Ground

above ground pool
above ground pool

Kolam renang Above Ground berada di atas tanah dan bentuknya adalah kecil berbanding kolam renang biasa. Kolam ini sesuai untuk mereka yang tidak mempunyai bajet kewangan yang banyak. Sedikit penambahan platform ditepi kolam akan mencantikkan lagi kolam ini. Fungsinya adalah sama seperti kolam renang biasa tetapi mempunyai saiz yang kecil dan tidak dalam.

5. Jenis Competition Pool

competition pool
competition pool

Kolam jenis Competition Pool ini direkabentuk untuk pertandingan renang dan sukan air yang lain. Mempunyai saiz yang luas yang mana kedalaman, lebar dan panjangnya adalah mengikut spesifikasi yang dikeluarkan oleh FINA. Rujuk di sini. Fungsinya adalah untuk menyediakan kemudahan kolam renang yang sesuai untuk acara sukan renang dan air  serta bertaraf dunia.

6. Jenis Spa

spa pool
spa pool

Kolam jenis Spa ini mempunyai saiz yang kecil dan pelbagai bentuk. Kolam ini selalunya dilengkapi dengan sistem pemanas untuk membolehkan airnya sentiasa dalam keadaan sedikit panas. Fungsi kolam spa ini adalah untuk pengguna berehat dan santai sambil berendam di dalam air suam.

7. Jenis Play Pool

nasrulsazli play pool
play pool

Jenis Play Pool ini mempunyai saiz yang luas dan rekabentuknya adalah seperti pantai atau pulau. Terdapat landskap, pasir pantai, air pancut, air terjun, permainan air diadakan di sekeliling kolam. Fungsi kolam jenis ini adalah untuk pengguna melakukan aktiviti riadah bersama keluarga sambil bermain air.

8. Jenis Kiddies Pool

kiddies pool
kiddies pool

Kolam jenis Kiddies Pool ini mempunyai saiz yang kecil dan cetek sesuai untuk kanak-kanak bermain air. Kebiasaannya kolam jenis ini akan dilengkapi dengan air pancut di tengah atau tepi kolam. Fungsi kolam ini adalah untuk pengguna beriadah bersama anak-anak kecil sambil bermain air dengan selamat.

Setelah menentukan jenis kolam, langkah seterusnya adalah untuk merekabentuk sistem mekanikal setiap kolam ini mengikut fungsinya.

Akhir kata, jika salah sila tegur dan betulkan saya.

-NasrulSazli-

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s