Toyota Avanza | Penggantian Door Handle

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera

Hari ini saya kongsikan sedikit bagaimana untuk DIY menggantikan door handle Toyota Avanza tahun 2005 saya yang telah pecah. Caranya mudah dan murah, saya ceritakan langkah demi langkah di bawah.

Anggaran harga door handle yang baru dalam RM10-RM20. Rasanya sama macam Perodua Kancil. Jika nak senang, bawa sample yang pecah ke kedai alat ganti. Terdapat perbezaan pada link door handle tersebut mengikut model avanza yang lain.

Door Handle R-LH yang telah pecah

Peralatan yang diperlukan:

  1. Socket wrench saiz 10
  2. screwdriver
  3. grease
  4. Outside Door Handle (Yang rosak sebelah belakang driver side)

Langkah-langkahnya:

A) Buka skru pada door handle sebelah dalam dan buka door locking knob (pusing lawan arah jam) seperti gambarajah di bawah

buka skru door handle
Buka door locking knob (pusing lawan arah jam)

B) Tanggalkan door trim bermula daripada tempat yang ditandakan di bawah. Tarik dengan perlahan-lahan sehingga kederangan bunyi ‘pop’. kemudian tarik sedikit demi sedikit dengan cara yang sama pada keliling sisi kiri , bawah dan kanan door trim. setelah itu, angkat perlahan-lahan arah ke atas untuk menanggalkan door trim tersebut daripada kerangka pintu.

Tarik door trim perlahan-lahan bermula daripada sini

C) Buka soket suis power window dan keluarkan door handle dalam dengan berhati-hati untuk tanggalkan door trim sepenuhnya

Tanggalkan soket suis power window dan inside door handle

D) Buka pelapik plastik. Tanggalkan komponen yang pecah pada door handle link dan buka 2x nat pada door handle yang rosak.

Buka komponen patah pada link dan buka 2x nat door handle yang rosak

E) Masukkan door handle yang baru. Masukkan link pada door handle komponen door handle yang baru dan pasangkan semula 2x nat yang telah dibuka tadi. Sapukan sedikit grease pada link tersebut untuk berikan sedikit pelincir.

Rupa door handle baru. Pastikan link (warna putih) adalah sama seperti door handle yang asal. Lain model avanza berkemungkinan lain door handle
Masukkan door handle baru

 

Pasang link pada komponen
Pasang semula 2x nat pada door handle baru

F) Pasang semula pelapik plastik, soket suis power window, inside door handle, door trim (pastikan semuanya terletak pada kedudukan yang betul sebelum tekan), 2x skru inside door handle dan pasangkan door locking knob.

Door trim siap dipasang semula
Door handle baru yang telah siap dipasang

G) Selesai

Jangkamasa siap dalam 30 minit. Boleh la hantar ke kedai cat untuk touchup warna pada door handle baru. Sekiranya terdapat sebarang kesilapan pada cara saya buka dan pasang, mohon diperbetulkan mengikut kesesuaian.

Semoga bermanfaat kepada semua. Terima kasih

-Nasrul-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s