Toyota Altezza | Mode Servo & Air Circulation Servo Penyaman Udara

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera
Baru-baru ini, terdapat bunyi seperti bunyi tikus cencurut (rattling sound) di belakang dashboard Altezza saya. Bunyi ini akan muncul setiap kali saya menghidupkan penyaman udara. Ada kalanya sekejap sahaja dan ada kalanya sepanjang perjalanan saya terpaksa mendengarnya. Saya juga mendapati pembahagian angin pada salur penyaman udara Altezza ini tidak sekata.

Ada masa terluang sedikit di kampung, saya mula membuat kerja-kerja mengenalpasti punca masalah bunyi dan aliran udara tidak sekata ini. Bermula dengan menanggalkan glove box di bahagian penumpang hadapan. Saya hidupkan kereta dan sistem penyaman udara untuk mengenalpasti punca bunyi tersebut. Akhirnya saya dapati bunyi tersebut datangnya daripada Mode Servo dan juga Air Recirculation Servo sistem penyaman udara ini.

Mode Servo fungsinya adalah sebagai pengubah mode arah angin sama ada kita memilih untuk menghalakan angin ke arah muka, kaki, dan cermin. Air Recirculation Servo pula fungsinya adalah mengubah sama ada menggunakan udara segar luar atau menggunakan kitaran udara sedia ada di dalam kenderaan. Saya perlu buka 2 unit servo ini dan cuba untuk servisnya semula. Mungkin terdapat habuk yang terkumpul pada link-link nya atau ada komponen yang tertanggal menjadi punca kepada bunyi dan aliran angin tidak sekata.

Mode Servo dan Air Circulation Servo adalah seperti gambar dibawah. Kedua-dua servo ini diikat pada body unit penyaman udara menggunakan 3 skru setiap satu. Agak sukar untuk membuka skru-skru ini memandangkan ruang yang agak sempit. Saya gunakan screwdriver kontot untuk memudahkan kerja. Tanggalkan soket wayar kedua-dua servo ini. Setelah itu, kenalpasti kedudukan lengan (link) putih pada servo-servo tersebut sebelum meleraikannya. Pastikan nanti kedudukannya sebelum melerai  dan selepas mencantumkannya nanti adalah sama. Boleh rujuk gambar dibawah untuk pastikan kedudukan yang sebenar.

picsart_01-31-09.39.12.jpg

picsart_01-31-09.38.01.jpg

Setelah itu, leraikan komponen-komponen servo ini dengan hati-hati agar tiada komponen yang memandangkan ianya bersaiz sangat kecil. Dinasihatkan untuk buat servis servo satu persatu agar tidak bercampur komponen atau hilang .Setelah selesai kerja-kerja cuci menggunakan wd40 dan tisu, saya sapukan sedikit grease putih pada komponen-kompenen yang bergear dan bergerak. Cantumkan semula semua komponen mengikut kedudukan asal.

picsart_01-31-10.59.37.jpg

picsart_01-31-11.03.49.jpg

Pasangkan semula Mode Servo dan Air Circulation Servo ini pada tempatnya dan pastikan lengan (link berwarna putih) servo dan lengan pada body penyaman udara bersambung ikut kedudukan asal. Sambungkan semula soket wayar pada kedua-dua servo tersebut. Setelah selesai, saya hidupkan enjin Altezza dan hidupkan penyaman udara. Alhamdulilah, tiada lagi bunyi tikus kedengaran dan aliran angin juga sekata. Setiap swict selector saya buat ujian didapati semuanya berfungsi elok. Akhirnya, saya bersihkan penapis blower dan pasang eemula glove box. Selesai

-Nasrul-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s