9 Tips Pengurusan Kewangan Peribadi

Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera.

Setiap hari sekiranya terdapat kelapangan masa atau waktu rehat semasa bekerja, saya akan cuba mencari tip-tip yang diamalkan oleh masyarakat sekarang dalam mengurus kewangan peribadi. Hasil daripada bacaan tip-tip ini melalui pelbagai media, dapatlah saya senaraikan sebanyak 10 tip-tip pengurusan kewangan peribadi yang boleh kira buat sebagai rujukan  dan amalan.

Tapi sebelum itu, perlu faham kenapa Pengurusan Kewangan Peribadi itu sangat penting. Berikut adalah 3 matlamat utama saya dalam pengurusan kewangan:

(A) Persaraan

Ada simpanan atau pelan kewangan untuk bersara!!

Bergantung kepada keperluan dan cara hidup masing-masing. Seperti saya buat kiraan, jika saya ingin kekalkan gaya hidup semasa, saya perlukan 60% pendapatan sekarang untuk sekurang-kurangnya 20 tahun. Walaupun kita tidak berbelanja sebanyak semasa kita bekerja, namun kos tambahan sewaktu bersara ialah perubatan dan pengajian tinggi anak-anak.  Selain KWSP/Pencen, apakah lagi pelan kewangan kita?

(B) Hutang

Kawal jumlah hutang tu agar tidak membebankan!!

Memang susah kalau hidup tidak  mula dengan berhutang sekarang ni. hehe Kebanyakannya mengesyorkan supaya dihadkan bayaran balik hutang kepada tidak lebih 36% pendapatan bulanan. Kalau lagi rendah, lagi bagus. Sekiranya pendapatan bersih isi rumah kita RM2000.00 sebulan, bayaran balik kesemua hutang sebulan usah lebih RM800.00. Sekiranya boleh, jangan berhutang.

(C) Simpanan

Ada simpanan kecemasan sebanyak sekurang-kurangnya enam (6) bulan gaji!!

Kalau ada lebih banyak, lagi bagus. Sekiranya pendapatan bulanan isi rumah kita RM2000.00, maka kita patut ada simpanan kecemasan sekurang-kurangnya RM12,000.00. Simpanan ini digunakan sekiranya terdapat kecemasan sama ada diberhentikan kerja, mengalami masalah kesihatan, kemalangan dan lain-lain.

Setelah faham dengan 3 matlamat pengurusan kewangan peribadi ini, berikut saya senaraikan antara tip-tip yang saya perlu laksanakan untuk mencapai 3 matlamat di atas:

1- Mengikat Perut

Elak berhutang terutamanya untuk perkara yang tidak perlu!!

Elakkan berhutang untuk beli smartphone, perabot, barang kemas, aksesori kereta/motorsikal dan lain-lain lagi. Apabila kita berhutang barangan sebegini, besar kemungkinan kita habiskan 45% bayaran balik untuk bayar faedah. Bekerja bagai nak mati, akhirnya hanya untuk bayar faedah? Seeloknya untuk memperolehi benda-benda seperti di atas, kita buatlah simpanan/pelaburan hingga cukup kemudian beli secara tunai.

 

2 – Elakkan Pinjaman Peribadi

Usah buat pinjaman peribadi untuk majlis perkahwinan atau melancong!!.

Apabila pinjam RM50,000.00 untuk kenduri perkahwinan, pasangan berkenaan melangkah ke alam rumahtangga dengan hutang. Lebih bermasalah sekiranya kita berhutang semata-mata untuk pergi melancong hanya selama seminggu. Apa guna jadi Raja Sehari/Pelancong mewah kalau selepas itu kita jadi Hamba Hutang bertahun-tahun? Seeeloknya, rancanglah perkahwingan atau aktiviti melancong anda dengan membuat simpanan/pelaburan hingga cukup terlebih dahulu.

3 – Elakkan Guna Kad Kredit

Gunakan kad debit, elakkan kad kredit!!

Ia sama seperti bayar tunai, tak berhutang. Ada duit beli, tak ada duit tak perlu beli. Sekiranya kad kredit digunakan untuk memudahkan pembayaran bil, penginapan hotel semasa bekerja dan mengisi minyak kereta, pastikan BAYARAN PENUH DIBUAT. Bukannya secara bayaran minimum atau bayaran ikut kemampuan.

 

4 – Menyimpan

Gunakan lebihan pendapatan untuk simpanan!!

Elakkan meninggikan taraf gaya hidup apabila ada kenaikan gaji atau mendapat pendapatan tambahan.  Maksudnya usah tukar kereta baru, ganti handphone baru, ganti motor baru, ganti perabot baru dan lain -lain lagi apabila naik gaji atau dapat bonus.

5 – Sumber Pendapatan Kedua

Selain pendapatan utama, cuba adakan sumber pendapatan kedua!!

Selain bpekerjaan utama , kita juga boleh membuat pekerjaan sampingan seperti bisnes atas talian, latihan, menulis buku, khidmat perundingan atau khidmat servis/pembaikan peralatan. Ada juga yang jadikan hobi sebagai punca kepada pendapatan kedua. Ikut minat dan cara masing-masing. Selain membantu aliran tunai, pekerjaan tambahan ini juga memberikan kita escape plan sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada pekerjaan utama.

6– Elakkan Skim Cepat Kaya

Elakkan diri daripada terjebak dengan skim cepat kaya!!

Usah percaya kalau ada orang janjikan pulangan tetap yang besar dengan pelaburan yang kecil. Kalau mereka ada formula hebat untuk pelaburan, mereka tak cari pelabur individu yang tak banyak duit seperti kita. Ramai yang muflis dan miskin akibat terjebak dengan skim cepat kaya.

Kalau ada duit lebih dan nak labur jangka panjang, manfaatkan skim saham amanah (unit trust)!!

7 – Elakkan Buat Bisnes Bermusim

Usah habiskan duit untuk buat bisnes bermusim!!

Ramai yang habis wang tabungan (dan rugi) kerana buat bisnes bermusim. Buatlah bisness yang kita rasa selesa dan minat, ada pengetahuan yang mendalam mengenai produk, tahu risiko-risiko yang berkaitan, sesuai dari segi kos modal dan lain-lain lagi. Jangan kita buat bisness kerana ikut orang lain.

8 – Jangan Jadi Penjamin

Elakkan menjadi penjamin pinjaman!!

Buat penilaian, sekiranya kita percaya peminjam tidak ada kemampuan bayar balik atau tidak ada disiplin kewangan, usah jadi penjamin. Ramai hadapi masalah kewangan kerana menjadi penjamin kepada orang lain. Hidup boleh jadi kucar-kacir kerana jadi penjamin orang lain.

9 – Dapatkan Nasihat

Dapatkan nasihat mereka yang ada ilmu dalam soal pengurusan kewangan peribadi!!

Walau berapa pun gaji kita, pastikan ada simpanan. Mulakan dengan menyimpan 10% gaji bulanan dan tingkatkan jumlah tersebut dari semasa ke semasa. Ada banyak instrumen simpanan dan pelaburan yang ada. Sekiranya tidak tahu atau tidak faham, dapatkan nasihat daripada mereka yang biasa dengan pengurusan kewangan peribadi. Mereka ini biasanya mempunyai lesen berdaftar yang sah. Dapatkan pandangan daripada 2 3 pihak agar simpanan/pelaburan yang dibuat adalah yang terbaik.

-Nasrul-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s