Simpanan Untuk Persaraan. Apa Perancangan Saya???

Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera.

Cukupkah simpanan kita untuk kelangsungan hidup setelah bersara nanti? Tidak ramai rasanya yang mahu memikirkan perkara ini. Masing-masing ada alasan tersendiri mengapa untuk tidak memikirkannya. Namun tidak bagi saya. Perlu sediakan payung sebelum hujan. Seboleh-bolehnya nak lagi cepat bersara dan teruskan hidup seperti biasa. Bersara nanti saya akan gunakan masa yang terluang  untuk berehat dan menikmati hidup.

countdown-to-retirement

Hasil daripada rujukan sahabat yang mahir mengenai perancangan kewangan, berpandukan umur saya (33 tahun) dan jumlah pendapatan semasa saya sekarang, saya dapati jumlah simpanan yang perlu saya ada setelah bersara nanti adalah minimum RM700,000.00. Besarkan angka ini? Bayangkan bila dah bersara nanti, baru tahu jumlah simpanan sebanyak ini yang perlu ada, mana nak cari?

Sebenarnya jika kita mula menyimpan dan membuat sedikit pelaburan daripada awal/usia muda, angka RM700,000.00 itu tidak mustahil dapat dikumpul. RM 700,000.00 tu nak enjoy setelah bersara ke? Semestinya bukan! RM 700,000.00 itu sebenarnya adalah menjadi modal untuk saya meneruskan perolehan pendapatan seperti sekarang tanpa perlu bekerja lagi. Secara ringkasnya, tak bekerja, tapi dapat gaji bulan-bulan sama jumlahnya seperti sekarang!

Jadi apa strategi saya untuk mengumpul sebanyak RM700,000.00 apabila bersara 22-30 tahun akan datang? Bagi saya, cara yang paling mudah, selamat dan terbaik untuk saya ialah dengan membuat simpanan secara bulanan dengan penuh disiplin.

Setelah dikira-kira, saya perlu menyimpan sebanyak RM 1,188.00 sebulan. Mana pula nak cari wang sebanyak itu tiap-tiap bulan dengan pelbagai komitmen semasa? Tepuk dada tanya selera. Setiap bulan saya telah khaskan peruntukan 20% daripada pendapatan saya untuk simpanan dalam dana unit amanah. Disamping itu, saya juga cuba berjimat sebanyak mungkin dan jumlah hasil penjimatan tersebut saya akan simpan di dalam dana unit amanah. Mengapa simpan dalam unit amanah? Ini kerana saya sudah kenalpasti dan yakin akan prestasinya. Tidak kisahlah dapat simpan RM 100.00 ke RM500.00 ke RM1200.00 ke, yang penting bagi saya ialah MULA dan BUAT!!

Semoga saya berjaya hendak-Nya dengan perancangan yang telah saya buat ini. Tidak datang rezeki tanpa kita merancang dan berusaha.

Untuk yang nak mengetahui dengan lebih lanjut di mana untuk membuat simpanan dan pelaburan seperti di atas, bolehlah hubungi saya. Inshaallah saya kongsikan dengan percuma.

Terima kasih

-NASRUL-

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s