Penggantian Serpentine/Drive Belt Myvi 1.3

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Myvi saya telah mencapai jumlah odometer sebanyak 100,000 km. Jadi, setelah diperiksan terdapat beberapa yang perlu dilakukan apabila mencapai servis 100,000km. Antaranya ialah:

  1. Menukar minyak enjin , penapis minyak, penapis angina enjin, palam pencucuh
  2. menukar minyak gearbox auto
  3. menukar penapis aircond (kotor)
  4. menukar minyak power steering (kotor)
  5. menukar minyak brek (kotor)
  6. menukar coolant radiator
  7. menukar pin brake caliper (berbunyi apabila jalan tidak rata)
  8. menukar brake pad (hampir habis)
  9. menukar serpentine/drive belt.

Penggantian Serpentine/Drive Belt Myvi 1.3

Untuk post kali ini saya ingin berkongsi mengenai cara saya menukar serpentine/drive belt Myvi 1.3 saya ini. Drive belt baru yang saya akan pasang ialah jenama Mitsuboshi dengan part no.  4PK1705. Berikut adalah cara yang saya lakukan:

  1. Jack kereta dan letakkan jack stand. Kemudian buka tayar di sebelah driver. Kemudian buka tangki minyak power steering dan ketepikannya. 2
  2. Kemudian buka bracket yang memegang sensor ABS untuk memudahkan kerja membuka bolt alternator.1
  3. Longgarkan bolt yang berada di bawah alternator. Saya buka daripada arah bukaan mudguard tayar.4
  4. Longgarkan bolt yang berada di tepi alternator supaya alternator dapat digerakkan ke hadapan untuk melonggarkan drive belt. 5
  5. Tanggalkan drive belt yang asal dan gantikan dengan serpentine/drive belt yang baru.6
  6. Untuk memasangnya agak rumit. Dengan perlahan saya mulakan melalui bahagian atas iaitu pulley alternator – pulley water pump – idler pulley (tengah) – idler pulley (atas). Kemudian melalui bawah bahagian enjin saya kemaskan belt pada crankshaft pulley – air conditioner pulley. Pastikan kedudukan belt betul-betul kemas pada pulley-pulley ini. Gambarajah kedudukan belt adalah seperti di bawah.post-441174-1361326959_thumb
  7. Laraskan kesesuaian ketegangan belt dengan menarik alternator melalui bolt di bahagian tepi alternator. 5
  8. Ketatkan semula bolt di bahagian bawah alternator7
  9. Kemudian saya start enjin kereta dalam 1 minit dan matikan. Periksa semula tahap ketegangan belt agar bersesuaian dan kesemua bolt tidak longgar. Pasang semula tayar dan turunkan jack kereta.
  10. Pasang semula tangki minyak power steering di tempat asal.8
  11. Ujilari Myvi keliling kampong.

Keselamatan diri amat perlu dititikberatkan semasa melakukan kerja-kerja di atas.

Sekian.

-NASRUL-

 

Advertisements

4 thoughts on “Penggantian Serpentine/Drive Belt Myvi 1.3

  1. ahmad

    salam

    sy baru lepas tukar belt yang baru tp berbunyi pulak bila br start kereta @ nk memecut..
    kenapa? belt yang lama xpernah berbunyi..tukar sbb milage dh 150k++
    myvi 2010 jugak..

    Like

    1. Salam,

      Rasanya belting yang baru dipasang itu dah longgar sedikit. Biasa berlaku. Selepas tukar belting, start kereta dan tekan-tekan minyak . Kemudian periksa semula ketegangan belting. Sekiranya ketegangan ok, baru boleh guna. Untuk elak kerja 2 kali . Myvi agak leceh sedikit kerjanya sebab kena adjust melalui bawah. Harap dapat membantu.

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s