Mitsubishi Triton 2.5D: Transfer Box Mounting

Masalah Transfer Box Mounting Mitsubishi Triton 2.5D

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Selamat Tahun Baru 2017!!

Transfer Box Mounting kerap rosak

Sewaktu memandu Triton saya baru-baru ini saya perasan main gear lever dan transfer gear lever saya bergoyang dan bergetar sepanjang masa. Sepatutnya dalam keadaan biasa kedua-dua gear lever ini tidak bergoyang dan bergetar walaupun ketika engaged 4WD. Setelah diperiksa, saya dapati mounting getah yang memegang transfer box telah koyak dan pecah. Masalah ini adalah masalah berulang dimana mounting ini biasanya akan rosak dalam masa setahun. Leceh juga jika perlu ganti setiap tahun. Walaupun bukanlah satu masalah yang kritikal, tapi tak best pula tengok gear lever bergoyang dangdut sewaktu memandu hahaha

Transfer box rubber mounting

Mencari Transfer Box Mounting yang lebih tahan

Jadi saya ingin mencuba untuk menggunakan mounting getah yang lebih tahan. Saya telah membeli sebiji mounting getah yang seakan sama bentuknya dengan yang asal namun perlu dibuat sedikit modifikasi kerana lubang bolt nya lebih besar. Dibawah ialah mounting asal yang telah saya buka (kiri) dan mounting baru berasal daripada model Pajero (kanan).

Mounting asal (kiri) yang pecah. Mounting baru (kanan) rekaan lebih tahan.

Ubahsuai Transfer Box mounting baru

Idea saya adalah menggunakan semula besi lubang bolt yang daripada mounting asal dan muatkannya ke dalam lubang tengah mounting yang baru. Untuk itu, saya perlu meraut lebihan getah pada keliling besi lubang itu sehingga dapat dimuatkan ke lubang mounting baru.

Proses meraut lebihan getah pada besi lubang bolt mounting menggunakan pisau.

Jika boleh biarlah besi tersebut ketat sedikit bila dimasukkan ke dalam mounting baru supaya kelihatan kemas. Letakkan sedikit rubber grease supaya mudah untuk dimasukkan dan kedudukannya betul-betul di tengah. Dibawah ialah mounting baru yang telah siap diubahsuai sedikit.

Besi lubang bolt mounting asal yang telah dikacukkan dengan mounting baru.

Setelah selesai kerja-kerja ubahsuai tersebut, mounting baru dipasang semula pada transfer box. Masa ini agak rumit juga nak memasang, kena banyak bersabar dan perlahan-perlahan. Akhirnya selesai juga kerja-kerja mengganti transfer box mounting yang baru. Setelah diperiksa, tiada kelainan daripada segi kedudukan asal walaupun menggunakan mounting ubahsuai ini.

picsart_12-30-12-47-09
Mounting baru yang telah diubahsuai dan dipasang semula di tempat asal.

Semoga berjaya

Setelah selesai semua, saya mengujinya dengan memandu Triton ini keliling taman perumahan dan melalui kawasan jalan yang tidak rata. Saya dapati gearbox lever dan transfer box lever tidak lagi bergoyang dan bergetar seperti sebelum ini. Semoga mounting yang diubahsuai ini dapat bertahan lebih lama daripada mounting asal Triton seterusnya berjaya mengatasi masalah mounting transfer box  cepat pecah.

Terima kasih

Suka diingatkan bahawa segala penulisan artikel, gambar dan klip video yang terkandung di post ini  adalah pandangan peribadi saya semata-mata dan bertujuan untuk dijadikan rujukan sendiri. Setiap kandungan di dalam blog ini bukan bertujuan untuk mempengaruhi mana-mana pihak kerana ia lebih kepada perkongsian semata-mata. Saya tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga yang berlaku secara langsung ataupun tidak akibat daripada perkongsian ini.

-NASRUL-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s