Trip Memancing 3H2M Ke Tasik Kenyir

Trip Memancing 3H2M Ke Tasik Kenyir

Idea untuk mengadakan satu trip memancing telah dibangkitkan pada awal bulan Ogos 2016. Bermula daripada itu, bermacam-macam cadangan tempat telah disenaraikan dan akhirnya team kami memilih untuk ke Tasik Kenyir memandangkan salah seorang daripada team kami tinggal berdekatan Tasik Kenyir. Jadi urusan untuk tempahan dan mendapatkan maklumat lebih mudah dan lancar. Tarikh yang dipersetujui ialah 12 – 14 November 2016.

Menuju Ke Tasik Kenyir

Menyusun barang trip
Menyusun barang trip

Setelah segala perancangan dan persiapan telah dibuat dengan rapi, tibalah masa yang dinanti0-nantikan. Team kami lengkap berkumpul pada jam 12 malam 11 November 2016 dan memulakan perjalanan ke Tasik Kenyir melalui Lebuhraya Pantai Timur dan Jalan Jerangau  – Jabor. Alhamdulillah, team selamat sampai di rumah sahabat kami di Kuala Berang yang lebih dikenali dengan nama Japri pada jam 8 pagi 12 November 2016. Kepenatan akibat perjalanan yang jauh dan lama, kami mengambil sedikit masa untuk berehat di rumah Japri sambil menikmati sarapan pagi yang disediakan. Nasi minyak berlaukkan kari ayam kampung. Tersandar kenyang! haha

Selamat Sampai Ke Tasik Kenyir

Pemandangan di Tasik Kenyir.
Pemandangan di Tasik Kenyir.
Pemandangan Tasik Kenyir.
Lokasi Naik Bot

Jam 11 pagi , kami memulakan perjalanan ke Tasik Kenyir. Cuaca yang mendung sepanjang perjalanan membuatkan pemandangan terasa indah. Lebih kurang jam 12 tengahari kami di bawa oleh pemilik rumah rakit yang dikenali dengan nama Pak Wan dengan menaiki 3 buah bot. Perjalanan menggunakan bot daripada daratan ke rumah rakit hanya mengambil masa 10 minit.

Dibawah ialah gambaran rumah rakit yang akan kami gunakan selama 2 malam. Biasalah kalau dah nak sewa yang paling murah, kemudahan yang ada pon terhadlah. Rumah rakit bajet lah katakan.

 

Rumah Rakit Pak Wan

Jejak kaki ke rumah rakit pak wan.
Jejak kaki ke rumah rakit pak wan.

Pak Wan pesan, nak mandi boleh mandi tepi rumah, nak melabur, boleh kayuh bot kecik naik ke darat untuk laksanakan misi. Pesan Pak Wan lagi, masa tengah jalankan misi, mata tengok kiri kanan. Maklumlah, kawasan itu kan merupakan santuari gajah dan jika bernasib baik, boleh lihat kumpulan gajah lalu di situ.Amacam? Ada berani? Ala-ala komando.. hahahaha Lain-lain kemudahan yang

Tempat mandi dan lokasi melabur di daratan sana
Tempat mandi dan lokasi melabur di daratan sana

ada ialah tilam dan bantal untuk tidur peralatan memasak dan makan/minum, 2 buah bot (minyak petrol bawa sendiri) untuk kaki pancing menjejaki lubuk dan generator untuk lampu malam.

Waktu tengahari itu kami habiskan masa dengan menyusun barang-barang, berehat, minum petang dan menyediakan kelengkapan pancing masing-masing. Ramai juga yang terus berdengkur akibat keletihan ditambah pula dengan kekenyangan penangan nasi minyak Japri.

Dapur yang bersih untuk memasak
Dapur yang bersih untuk memasak

Aktiviti 2 Malam di Tasik Kenyir

Selesai solat Isyak, teampun menjamu makan malam yang disediakan tukang masak tetap kami iaitu Ashraf. Nasi putih berlaukkan ayam berlada, telur dadar, kubis masak lemak dan budu Terengganu. Nampak simple, tapi bila dah atas rumah rakit, apa yang depan mata semuanya jadi sedap.  Yang paling awal bersila tu Marzuki, ditugaskan untuk menjadi tukang rasa makanan secara tetap. Asal siap je masak, orang pertama sauk dulu memang dia lah. haha

Sesi makan malam
Sesi makan malam

Selama 2 malam berada di sana, team kami masing-masing sibuk dengan aktiviti sendiri. Ada yang keluar memancing dengan menaiki bot yang di sewa mencari lubuk-lubuk ikan, ada yang hanya memancing di tepi-tepi rumah rakit, ada yang berehat menenangkan minda, ada yang makan sepanjang masa dan lain-lain lagi. Sepanjang 2 malam tu, hampir sepanjang masa mendung dan hujan sekejap-sekejap. Cuaca sejuk dan nyaman memang menenangkan minda dan rileks.

Hasil Tangkapan Pancing

Ini hasil tangkapan selama 2 malam kami di Rumah Rakit Pak Wan. Antara spesis ikan yang masih boleh dipancing di sini ialah Sebarau, Lampam, Temperas, Temoleh, Baung, Belida dan Kaloi.

Hasil tangkapan

Hasil tangkapan

Baung Masak Tempoyak Kuala Berang

Pada malam terakhir, Pak Wan bercadang untuk masak ikan baung tempoyak Kuala Berang. Seperiuk ikan baung kami sediakan sambil menunggu Pak Wan mendapatkan bahan masakan. Pak Wan meminta saya untuk membantu beliau memasak dan sempat juga saya belajar resepinya. Akibat daripada makan malam tu, ramai yang tewas awal terlentang akibat kekenyangan. Memang power baung masak tempoyak Pak Wan. Resepinya menjadi rahsia saya dan Pak Wan. hehehe Maaflah tiada gambar lauk yang dah siap. Berebut makan sampai lupa ambil gambar.

Bersiap Untuk Pulang

Keesokkannya, pada jam 10 pagi 14 November 2016, kami bersiap sedia untuk naik ke darat dan pulang ke Kuala Lumpur. Masa ni tak banyak dah barangan yang perlu diangkut menaiki bot  kerana bahan-bahan makanan banyak yang dah diselesaikan.

DCIM100GOPROGOPR7621.
Kelengkapan pulang.
DCIM100GOPROG0027617.
Pemandangan di hadapan rumah rakit.
DCIM100GOPROGOPR7652.
Kerja keras punggah barang.
DCIM100GOPROGOPR7653.
Susun kasi muat

Selamat Jalan Kenyir

Sebelum bertolak pulang ke Kuala Lumpur, team mengambil kesempatan untuk bergambar kenangan beramai-ramai bersama Pak Wan. Alhamdulillah trip kali ini tiada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku dan dipermudahkan segalanya. Semoga trip seumpama ini akan dapat diadakan lagi di masa hadapan dan berjumpa lagi dengan Pak Wan. Bersamalah kita menjaga keindahan alam semula jadi untuk nikmat bersama generasi yang akan datang. Selamat jalan Kenyir!

DCIM100GOPROG0057685.
Sesi gambar kenangan bersama Pak Wan (Baju biru tengah)

 

Advertisements

2 thoughts on “Trip Memancing 3H2M Ke Tasik Kenyir

  1. Wan

    nak gi kenyir seeloknya elak musim tengkujuh (November-Januari) sebab aktiviti amat terhad dan kesejukan melampau pada waktu malam..hujan dan mendung sepanjang masa memang mematikan mood bersantai & memancing..tasik kenyir amat sinonim dengan ikan toman dan kelah..dapat salah satu ikan tu,mmg puas hati..

    Liked by 1 person

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s