Membuat Keuntungan Dalam Unit Amanah Di Waktu Harga Unit Rendah

Membuat Keuntungan Dalam Unit Amanah Di Saat Harga Unit Rendah

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Melihat kepada prestasi Ringgit pada jam 10 pagi 15 November 2016 yang diniagakan pada paras 4.3250/3350 berbanding Dollar Amerika, saya tergerak hati untuk membuat semakan pada portfolio simpanan saya di dalam dana unit amanah. Tanpa membuang masa di waktu sarapan pagi di meja kerja, saya membuat semakan secara online dan seperti yang dijangkakan, jumlah keuntungan simpanan saya secara puratanya telah MENURUN MENDADAK berbanding suku kedua Tahun 2016. Walaupun saya dapati nilainya telah menurun , namun saya TIDAK PERLU BERASA RISAU MALAH SEBENARNYA BERASA GEMBIRA atas sebab beberapa perkara.

Unit Amanah

Bersifat Sementara

Pertamanya, saya beranggapan penurunan keuntungan dan prestasi saham semasa di Malaysia adalah bersifat sementara dan dalam proses pemulihan

Nilai Simpanan Tidak Susut/Hilang

Keduanya, saya dapati nilai simpanan saya tidak hilang mahupun susut. Hanya nilai purata keuntungan saya sahaja yang menurun disebabkan nilai unit kebanyakan dana yang saya simpan menurun. Jika nilai unit setiap dana tersebut naik, sudah tentu nilai keuntungan saya akan naik juga secara automatik. Tiada ruginya yang saya nampak di sini.

Beli Pada Harga Murah

Ketiganya, saya merasakan waktu ini adalah sesuai untuk saya membuat penambahan pelaburan/simpanan dalam dana-dana yang saya pilih kerana pada waktu ini, saya dapati harga unit dana-dana kebanyakannya telah menurun dan menjadi murah. Macam beli barang-barang keperluan hidup, bila harga turun dan murah, berebut-rebut kita membeli!

“Buy At Low, Sell At High”

Berpeluang Gandakan Jumlah Unit

Keempatnya, pada waktu ini juga saya berpeluang untuk menggandakan bilangan unit saya dalam dana-dana saya Jika nilai unit dijual pada harga rendah, sudah tentu kita dapat membeli lebih banyak unit. Mengumpul unit sebanyak mungkin adalah objektif pelaburan/simpanan jangkamasa panjang saya kerana bagi saya ianya merupakan cara paling mudah untuk saya memaksimumkan keuntungan.

Pada hari ini, prestasi KLCI berada pada 1630.56 mata meningkat 13.92 mata berbanding semalam. Seperti yang kita tahu pada 30 Disember 2013,  IKKL FBM pernah mencecah paras tertinggi dalam sejarah iaitu 1872.5 mata. Berpandukan daripada perbezaan itu, saya rasa saya mempunyai peluang cerah dan masih belum terlambat untuk menggandakan keuntungan simpanan/pelaburan dalam dana-dana unit amanah saya. Takkan saya baru terhegeh-hegeh nak buat keputusan melabur/menyimpan bila prestasi dah mencanak naik melepasi 1800 mata sekali lagi. Sayapun bukannya pakar/bomoh yang dapat menentukan bila waktu yang terbaik untuk prestasi ekonomi mencanak naik. Yang saya pasti pada hari ini, prestasi sekarang masih rendah berbanding 3 tahun lepas!!

Tepat jam 12 tengahari, saya dah tambahkan lagi pelaburan/simpanan saya dalam dana-dana unit amanah saya tanpa sebarang masalah. Saya sedang berusaha untuk membuatkan wang saya bekerja untuk saya. Semoga simpanan saya ini akan membantu saya dan keluarga saya meneruskan hidup pada 20-30 tahun akan datang!!

Pelaburan Unit Amanah Tidak Pening Kepala

Kesimpulan yang dapat saya buat di sini, untuk melabur atau membuat simpanan dalam unit amanah, kita tidak perlu risau dengan prestasi saham semasa, tidak perlu pengalaman dalam pelaburan saham, tidak perlu mengeluarkan belanja/modal yang besar, tidak perlu risau terhadap risiko kerugian,  tidak perlu risau dengan harga unit semasa, dan tidak perlu buat bermacam-macam kertas kerja.

Bagi mereka yang telah membuat pelaburan/simpanan dalam dana unit amanah, sekarang masih sesuai untuk membuat tambahan pelaburan/simpanan. Untuk yang masih belum mula dan tidak tahu caranya, boleh hubungi saya dan saya akan kongsikan pengetahuan saya secara percuma.

Sekian, terima kasih.

-Nasrul-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s