Mitsubishi Triton 2.5D: EGR Block

Mitsubishi Triton 2.5D: EGR Block

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera,

EGR ialah peralatan yang singkatannya berasal daripada perkataan Exhaust Gas Recirculation dimana sistem ini berfungsi untuk mengitar semula sebahagian daripada asap pembakaran enjin diesel masuk ke dalam kebuk silinder enjin bagi pembakaran semula. Dengan penggunaan EGR ini, kita dapat mengurangkan pencemaran udara akibat daripada gas nitrogen oksida yang terhasil daripada pembakaran enjin jentera ini.

Enjin MitsubishI Triton

Namun begitu penggunaan kualiti diesel yang rendah (sebelum adanya Diesel Euro 5) telah mengakibatkan EGR ini akan tersumbat dengan karbon yang terhasil daripada asap yang dikitar semula antaranya ialah di intake manifold, EGR Valve dan juga pada piping EGR. Antara masalah yang terjadi pada Triton saya ialah ekzos saya megeluarkan asap hitam, kadang kala tiba-tiba akan mengalami kehilangan kuasa enjin, kurang kuasa apabila naik bukit, dan fuel comsumption yang sedikit tinggi daripada biasa. Lanjutan daripada itu, saya mengambil keputusan untuk membuat servis pada sistem EGR Triton ini dan memasang plat besi bagi tujuan menghalang (EGR Blocking) sistem ini mengitar semula asap masuk ke dalam enjin untuk mengelakkan masalah yang sama berulang pada masa akan datang.

Saya telah membuka penutup enjin, intake manifold , EGR Valve dan paip ekzos EGR . Hasilnya jelas kelihatan karbon tebal terbentuk di dalam laluan intake enjin ini yang mengakibatkan gangguan kepada prestasi enjin.

Intake manifold triton yang diselaputi karbon
intake manifold triton
Intake manifold triton yang diselaputi karbon
intake manifold triton
Intake manifold Triton yang diselaputi karbon
EGR Valve dan ekzos pipe
Karbon tebal pada EGR Valve dan ekzos pipe

Setelah selesai membuat semua alat yang terlibat dengan system EGR ini, saya telah membuat kerja-kerja membuang karbon dan mencuci sebersih yang mungkin. Antara alat yang saya gunakan untuk mencuci ialah berus gigi, berus cat, kertas pasir halus, minyak tanah, petrol, WD-40 , carburetor cleaner, air dan angin mampat. Gambar di bawah ialah contoh gambaran setelah membuang karbon dan dicuci bersih.

EGR Valve

Setelah kerja-kerja membersih karbon selesai, semasa pemasangan semula alat-alat system ini, saya juga telah menambah satu plat besi pada paip ekzos EGR Valve untuk menghalang kitaran semula asap ekzos. Plat besi ini saya pasangkan di paip EGR B. Gambaran adalah seperti di bawah.

20131121_190638

EGR pipe yang di block dengan plat besi
EGR pipe yang di block dengan plat besi

dsc_7530

Setelah selesai memasang plat besi ini, saya memasang semula EGR Valve, Intake manifold dan pelindung enjin. Hasil daripada ujian pemanduan yang dilakukan, Alhamdulillah prestasi enjin Triton saya telah kembali seperti asal dan sangat memuaskan. Lampu amaran enjin juga saya dapati tidak menyala dan asap ekzos triton ini juga tidak lagi berwarna hitam/putih.

Sekian. Terima kasih.

-Nasrul-

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s