Bermula Minat Dengan Unit Amanah

BERMULA MINAT DENGAN UNIT AMANAH

Assalammualaikum WBT dan Salam Sejahtera.

Pelaburan. Pelbagai jenis dan platform pelaburan yang ada di Malaysia ini. Tidak larat nak saya senaraikan. Jadi untuk post ini, saya lebih suka menceritakan mengenai bagaimana  saya bemula minat dalam pelaburan Unit Trust atau dalam Bahasa Malaysianya Unit Amanah.

 

Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit
Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit

Apa Itu Unit Amanah?

Tidak ramai yang tahu mengenai unit amanah sebenarnya. Untuk pengetahuan anda, Unit Amanah sama sahaja dengan Amanah Saham. Ia merupakan suatu bentuk pelaburan kolektif yang membolehkan para pelabur yang mempunyai objektif pelaburan yang sama mengumpul wang mereka, dan kemudian dilaburkan ke dalam pelbagai portfolio sekuriti atau aset lain yang diuruskan oleh pengurus dana yang professional atau yang lebih dikenali sebagai Fund Manager.

Senang cerita, pelabur akan laburkan wang mereka dengan membeli unit-unit saham dalam dana-dana yang dipilih sendiri oleh pelabur atau yang disyorkan oleh Ejen Unit Amanah. Wang daripada pelaburan mereka dalam dana tersebut seterusnya akan diuruskan oleh Fund Manager di bawah tanggungjawab Syarikat Pengurusan Unit Amanah (UTMC) untuk menghasilkan pulangan yang akhirnya akan dikongsikan kepada semua pelabur dalam dana tersebut.

Bagaimana Terjebak Dengan Unit Amanah?

Semuanya bermula pada Ogos 2012, sedang duduk lepak minum petang selepas waktu pejabat dengan kawan bernama Helmi aka Black, saya bertanyakan mengenai platform untuk saya membuat simpanan selain daripada ASB. Memandangkan si Black ni mahir dalam selok belok pengurusan kewangan, dia menerangkan satu persatu skim-skim simpanan yang ada di Malaysia ini lengkap dengan kebaikan dan kekurangannya. Setelah penerangan yang panjang lebar daripada Black, untuk memuaskan lagi hati,  saya mula membuat sedikit kajian di Google dan membuat serba sedikit analisa teknik-teknik yang disyorkan. Melalui kajian tersebut, pemahaman saya pelaburan dalam skim unit amanah ini adalah sesuai dan berbaloi untuk pelabur yang objektifnya adalah untuk pelaburan jangkamasa sederhana dan panjang. Sesuailah dengan objektif saya dimana saya berniat untuk membuat simpanan sambil melabur sebagai persediaan persaraan saya nanti (jangkamasa 30 tahun) . Maka pada bulan September 2012 saya dengan yakinnya telah memulakan simpanan saya dalam skim unit amanah melalui cara potongan gaji bulanan sebanyak RM200/bulan. Sehingga tahun 2016 ini , saya masih berusaha untuk mencapai nilai pelaburan sebanyak RM1000/bulan. Kena kerja lebih keras tu.. hehe Angan-angan kena tinggi!!

Pilihan Syarikat Pengurusan Unit Amanah?

Nak dijadikan cerita, si Black ni merupakan Ejen Unit Amanah di bawah pengurusan syarikat Public Mutual. Jadi si Black telah menerangkan satu per satu mengenai kelebihan/kebaikan yang saya akan perolehi jika membuat pelaburan dengan Public Mutual. Saya akan ceritakan mengenai kelebihan melabur di Public Mutual di entry yang lain. Dengan penerangan mengenai kelebihan/kebaikan ini, maka saya akhirnya memilih Public Mutual sebagai syarikat yang mengendalikan pelaburan unit amanah saya. Dalam pada itu, saya banyak belajar mengenai unit amanah di Public Mutual dengan Black sehinggalah saya mengambil keputusan untuk menjadi seorang ejen unit amanah sepertinya semata-mata untuk menambah pengetahuan di samping untuk membantu rakan-rakan saya mengenai pengurusan kewangan yang betul. Anda tidak perlu risau sekiranya melabur dalam unit amanah kerana ianya dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) bagi melindungi kepentingan pelabur.

Kesimpulan Pelaburan Dalam Unit Amanah Public Mutual?

Secara kesimpulannya, apa yang dapat saya katakan di sini, sebelum membuat sesuatu pelaburan itu, tentukan dahulu apakah sebenarnya objektif utama kita membuat pelaburan tersebut dan tentukan jangkamasa pelaburan tersebut. Sekiranya objektif kita ialah untuk membuat simpanan (sambil mendapat keuntungan konsisten) dalam jangkamasa sederhana / panjang dan patuh syariah,  maka pelaburan dalam skim unit amanah di bawah kendalian Public Mutual merupakan yang terbaik. Pelaburan unit amanah tidak sesuai untuk mereka yang inginkan pulangan pelaburan lumayan dalam jangkamasa singkat!!

Terima kasih dan selamat berjaya dalam pengurusan kewangan anda.

Sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelaburan dalam unit amanah boleh hubungi saya. Inshaallah saya boleh kongsikan.

-Nasrul-

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s