Kenderaan Pertama : Mitsubishi Triton 2.5D

 

Assalammualaikum WBT dan salam sejahtera.

Kenderaan pertama yang saya miliki ialah sebuah pacuan 4 roda 2nd hand jenis pick-up jenama Mitsubishi daripada model Triton 2.5D keluaran tahun 2006. Pickup ini berkuasa 2500 cc dan menggunakan bahan api jenis diesel. Dibeli pada tahun 2009 di kedai kenderaan terpakai di Kepong, Selangor.

60190_429564491455_74103_n
Tahun 2009

Pada masa itu, niat untuk mencari sebuah kenderaan 4×4 pick-up timbul setelah aktiviti memancing dan berkhemah terhad di kawasan-kawasan yang hanya boleh dimasuki dengan menggunakan kereta biasa. Setelah membuat sedikit review terhadap model-model pickup yang berada di pasaran pada waktu itu melalui google, maka saya telah mengambil keputusan untuk menggunakan khidmat Mitsubishi Triton ini. Lagipun pada masa itu, pick-up ini sahaja yang murah. hehehe

246851_1910900905974_2083660_n
Tahun 2011

Sejak dibeli pada tahun 2009, sedikit demi sedikit modifikasi dibuat keatas Triton in. Antaranya ialah:

  1. menukar sistem suspensi kepada yang lebih heavy-duty
  2. memasang spotlight
  3. memasang radio amatur
  4. menukar tayar daripada jenis HT kepada MT
456696_420305434677054_1310436519_o
Tahun 2015

Masuk ke tahun 2015 antara modifikasi yang dibuat ialah:

  1. memasang snorkle
  2. menambah custom made bull bar depan
  3. memasang winch
  4. menukar custom made rear bar 
  5. memasang custom made side step

Jika dilihat pada trend sekarang, banyak lagi ubahsuai yang boleh dilakukan, namun bagi saya hanya ubahsuai yang betul-betul diperlukan sahaja akan dibuat ke atas Triton ini. Setiap ubahsuai dan penambahan yang dibuat mempunyai fungsi pentingnya yang tersendiri.

Semenjak digunakan, Triton ini telah banyak jasanya terutamanya jika balik ke kampung. Paham-paham sajalah bila kita balik ke kampung, habis semua barang nak diangkut. Daripada segi kos penyelenggaraa, ianya sedikit tinggi daripada kenderaan biasa. Namun jika dibandingkan dengan kuderat yang diperah pada Triton ini, ianya adalah sangat-sangat berbaloi!

Jadi kepada sesiapa yang hendak membeli kenderaan pacuan empat roda, saya nasihatkan supaya anda semua fikirkan dahulu masak-masak, tentukan objektif mengapa anda mahu menggunakan kenderaan jenis ini, anggaran kos penyelenggaraan, roadtax dan insuran telah diambil kira, dan lain-lain lagi. Jangan nanti bila dah beli, baru tahu yang picku-up ini tidak seselesa kereta biasa. Ada kelebihannya dan ada juga kekurangannya. hehehe

Terima kasih kerana sudi membaca.

-Nasrul-

Advertisements

2 thoughts on “Kenderaan Pertama : Mitsubishi Triton 2.5D

    1. Wsalam.
      Anggaran kos penyenggaraan Triton lebih kurang tidak termasuk upah bengkel:
      1. Service 10,000 km
      – minyak enjin 7 liter rm150
      – oil filter rm40
      – bersihkan air filter
      – regrease u joint longshaft
      – check level minyak brek, minyak power steering, minyak clutch, minyak auto gearbox, minyak transfer box, minyak axle, coolant radiator
      2. Service 20,000km
      – service 10,000km
      – flushing minyak auto gearbox rm150
      – tukar air filter rm15
      3. Service 50,000 km
      – service 10,000 km
      – tukar air filter rm20
      – flushing minyak transfer box dan gearbox 5 liter rm120
      – tukar minyak axle depan belakang 4 liter rm120
      – flushing coolant radiator (50-50 mix) 2liter rm40
      – flushing minyak brek 1 liter rm50
      – flushing minyak power steering & clutch 2 liter rm70
      – tukar diesel filter rm70
      – check brake pad depan dan belakang, hand brake level
      – rotate tayar rm50
      4. Service 100,000km
      – service 50,000km
      – tukar timing belt & drive belt rm800
      – servis aircond rm400
      – servis intercooler, egr valve, throttle body
      – check absorber depan belakang. Jika perlu tukar rm900
      – check tayar depan belakang. Jika perlu tukar rm1600

      Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s